Seperti sedia maklum, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah secara berjemaah di masjid atau surau sepanjang perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1, Program Pemulihan Negara (PPN).
Bagaimanapun, untuk melaksanakan aktiviti di masjid atau rumah ibadat harus tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri ramai.
Penyanyi dan pelakon, Ezad Lazim misalnya ada meluahkan rasa sedih apabila dirinya tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah solat jumaat meski telah datang awal ke masjid, hari ini.
Dalam pada itu, Ezad mengharapkan segala kesulitan yang dihadapi orang ramai ekoran situasi pandemik Covid-19 ini dipermudahkan olehNya.
“Salam jumaat…Minggu ni datang lagi awal dari minggu lepas..Sampai sampai lagi awal gate dah tutup…
“Ada yg bagi cadangan suruh minggu depan kena datang dari subuh…dhuha…terus stay dalam masjid jangan keluar …. Semoga dipermudahkan kesulitan kita bersama….,” tulisnya di satu entri akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi berusia 41 tahun turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan pagar pintu masuk telah ditutup sewaktu dirinya tiba di Masjid Sultan Abdul Samad yang terletak di bandar Sepang, Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Ezad Lazim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI