Usahawan, Eriyca Baiduri yang sinonim disapa sebagai Madammu tampil menjawab komen netizen menerusi platform TikTok baru-baru ini yang tular.
Menerusi komen berkenaan, seorang netizen meninggalkan komen; ‘cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari.’
Eriyca, 33, atau mesra disapa Madammu berkata, ketika berkahwin pada tahun 2015, suaminya, Azri, 44, hanya lelaki biasa dan bukan seorang yang kaya raya sebagaimana ditebak ramai pihak.
“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.
“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik. Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik.
Ads
“Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.
“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan komen itu,” katanya.
Tambah Eriyca, mereka bermula dari tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain berjaya membina empayar bisnes jenama Noir Health & Beauty (Noir).
Ads
“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Sata faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.
Ads
“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” katanya lagi.
Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.
Hantaran video berkenaan sehingga kini mencecah lebih 1.1 juta tontonan, bersama ribuan komen yang diberikan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Jehan Miskin yang kini bergelar bapa apabila isteri tercinta, Julie Camelia Rhee telah pun selamat bersalin bayi lelaki.
Berita gembira itu dimaklumkan Jehan menerusi posting di akaun Instagram Jehan pada Ahad, sekali gus berkongsi nama permata hatinya.
“Welcome to Planet Earth my son, Axel Nova Rhee Bin Jehan, first of my name.
“Born just past midnight on the 9th day of CNY, with fireworks all around, you are truly a miracle,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag #babyaxelnova, #rojakbabyboy, #babydaddyjay dan #20022021.
Lalu, hantaran berkenaan turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan artis dan pengikutnya.
Terdahulu, Jehan dan Julie mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan Jehan sebelum ini pernah berkongsi mengenai kehamilan isterinya selepas tujuh mendirikan rumah tangga.
Foto : Instagram Jehan Miskin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sepotong klip video dikongsi menunjukkan pasangan Instafamous, Syafikah Aina dan Hafiz Mahamad mewakafkan van jenazah buat Masjid Penambang, Kota Bharu membuka mata netizen.
Ulas Hafiz di ruang kapsyen, dia ikhlaskan sebahagian harta buat penduduk kampung dengan mewakafkan van jenazah.
“Semoga rezeki ini semakin bertambah, rezeki anak, rezeki awak, rezeki abang sendiri dan rezeki keluarga kita.
“Sekarang kita dekat masjid Penambang, kita nak tengok van jenazah kita wakafkan. Sebab sebelum ini masjid Penambang ni tak ada van jenazah, jadi terpaksa pinjam masjid lain kalau nak bawa jenazah.
“So alhamdulillah sekarang dah dipermudahkan. Tag kita ni, ‘kejayaan demi kebahagiaan.’ Kita berjaya, kita kongsikan kebahagiaan untuk orang lain. InsyaAllah.”
Perkongsian terkini pengasas kosmetik, Datuk zzeri Aliff Syukri berkenaan dengan lagu Raya barunya di Instagram mendapat perhatian warganet.
Menurut Aliff, lagu berkenaan yang diberi judul Kelepuk Raya itu akan dilancarkan dalam beberapa hari lagi dan dia berkongsi sedutan lagu berkenaan buat tatapan ramai.