Biarpun sedang melalui konflik rumah tangga yang hangat diperkatakan ramai, pelakon Puteri Sarah Liyana tetap fokus melakukan ibadah umrah bersama kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Terbaharu, Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, menulis luahan yang memberikan bayangan bahawa dia kini sudah reda dan move on dengan apa yang berlaku dalam kehidupannya.
“Tak semua yang pergi mesti dikejar, tak semua yang tak pasti mesti ditunggu.
“When you step back and do what is right for you, you attract what is right for you (Bila anda lakukan perkara yang terbaik untuk anda, benda yang baik-baik akan berlaku terhadap kamu).
“Love yourself first and everything else falls into line (sayangi diri sendiri dahulu dan benda-benda yang lain kemudiannya akan datang dengan sendirinya),” tulis Sarah.
Perkongsian tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di laman Instagram, baru-baru ini.
Sementara itu, Sarah turut menaruh harapan agar anak sulungnya, Syaikhul dapat menjadi pelindung di masa akan datang.
Sarah memuat naik gambar Syaikul yang memakai jubah putih beserta kapsyen;
“Melting (cair) sangat tengok Pak Aji mama ni. My protector onf day, InsyaAllah (Orang yang diharap dapat melindungi/menjaga saya satu hari nanti).”
Terdahulu, Sarah telah memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof, 39, pada 16 Januari lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes pasangan itu akan disebut pada 7 Mac depan.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.