Penyanyi, Daiyan Trisha tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut bercampur gembira apabila berpeluang berjumpa dengan pelakon A-list Hollywood, Kate Winslet.

Bagaimanapun, satu insiden lucu berlaku apabila pelakon yang sinonim dengan watak Rose menerusi filem ikonik Titanic itu tidak sengaja telah memijak gaun yang dipakai Daiyan sewaktu menghadiri sebuah majlis di Château de Chantilly, Perancis.

Kisah tersebut dikongsikan penyanyi lagu Langit itu di laman Twitter miliknya.

Ads

“With Kate Winslet & Simon Baker, ambassadors of Longines. Malaysia represent, I feel so honored!

“Kate apologized to me because she accidentally steeped on my dress when she should’ve said you’re welcome because it was an honor to have her step on my dress,” tulisnya.

Ads

Menerusi entri tersebut, Daiyan turut dilihat berpeluang merakam gambar kenangan bersama Kate dan juga seorang lagi aktor Hollywood, Simon Baker.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur malah turut cemburu dengan perkongsian Daiyan itu.

Ads

Tak Sengaja Terpijak Gaun Daiyan Trisha, Heroin Titanic, Kate Winslet Mohon Maaf 

Terdahulu, Daiyan telah dijemput ke Perancis bagi menghadiri sebuah majlis khas anjuran sebuah jenama jam terkenal antarabangsa.

Sumber: Twitter Daiyan Trisha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI