Categories: Uncategorized

Tak Sesuai.. Agak Ketat,Kenapa Sekarang Dah Seakan Nampak Balut Sarung Nangka”-Baju Raya Cik B Dikritik!

Share

Ketika ini, pengasas kosmetik Datuk Seri Vida atau lebih mesra DSV giat membuat jualan murah sempena Hari Raya Aidilfitri di salah sebuah festival di PWTC.

Menerusi akaun Instagram, DSV memuat naik video beliau memperagakan koleksi terbaru edisi terhad iaitu baju kurung Cik B.

“Sayang-sayang tengok baju raya kita cantik tak??”

 

“Baju raya Cik B… Eksklusif hanya di Mood Republik Kl Raya Fest..,” tulisnya di Instagram

 

Bagaimanapun, apa yang tak sedapnya, ada netizen yang mengkritik penampilan Cik B apabila pakaian beliau agak ketat serta mendat.

Malah ada berpendapat, Cik B dikatan mangsa fesyen kerana baju kurung tersebut tidak sesuai dengan dirinya.

Dalam pada itu, netizen turut mengkritik dengan mengatakan bahawa dia nampak seakan balut sarung nangka.

 

Apa-apa pun kita tak boleh nak tutup dan puaskan hati semua orang.

Published by
Syazmi