Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan tidak bersetuju sekiranya ada segelintir wanita yang cenderung untuk mendedahkan masalah rumah tangga mereka di media sosial.
Rozita, 52, yang mesra disapa Che Ta berkata, ia bukanlah penyelesaian terbaik untuk menjernihkan hubungan. Sebaliknya ada cara lain yang boleh dilakukan bagi melepaskan ‘geram’.
“Tak perlu buat begitu. Bagi saya dia macam ni, apabila kita kongsi masalah rumah tangga atau keburukan pasangan di media sosial, ia ibarat tepuk air ke dulang dan terkena muka sendiri.
“Lebih baik untuk diam (berbanding berkongsi di media sosial). Sebagai isteri, berdosa ya kalau kita mengaibkan suami. Begitu juga sebaliknya. Kalau tidak suka, terus pergi ke pejabat kadi (mahkamah) atau bawa berbincang.
“Kalau nak berkias-kias di Instagram misalnya, masalahnya bukan suami kita seorang… entah-entah suami kita pun tak tengok.
“Mungkin ada cara lain untuk melepaskan geram, misalnya dengan menghantar WhatsApp kepada pasangan, kemudian padam. Saya sendiri pernah begitu kalau rasa marah pada seseorang.
“Atau pun, masuk bilik air dan jerit sepuas hati, ‘bercakap’ dengan dinding. Itu lebih baik daripada kita menceritakan keburukan pasangan dalam media sosial,” katanya kepada MH.
Ads
Che Ta berkata demikian ketika diitemui pada majis pelantikannya sebagai ‘muse’ Angsa Emas Jewellery di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon Kiah Pekasam ini juga Rozita juga tidak adil sekiranya hanya wanita sahaja dipersalahkan dalam isu skandal.
“Kalau sesetengah lelaki itu yang memang jenis yang berlaku curang, kalau miliki isteri macam ratu cantik pun dia tetap akan cari perempuan lain.
“Akan tetapi sekiranya lelaki itu seorang yang setia, ada isteri yang biasa-biasa sahaja pun akan setia. Jadi pokol pangkalnya adalah lelaki itu.
Ads
“Saya tidak suka wanita yang bila dapat tahu pasangannya ada berhubungan (curang), dia menyalahkan perempuan lain. Kata orang, its takes two to tango. Suami mungkin bukan baik sangat pun, kenapa nak salahkan satu pihak sahaja.
“Macam contoh kalau suami saya ada hubungan dengan orang lain, saya tumbuk suami sendiri. Tak adalah nak tarik tudung si penyondol. Laki kita yang menggatal. Tapi kalau dia tidak sama naik, benda tu tak akan berlaku insya-Allah,” katanya lagi.
Apa pun yang berlaku, Che Ta juga percaya soal jodoh adalah ketentuan dari Yang Maha Esa selain tidak menafikan kepercayaan dan kejujuran penting dalam hubungan suami isteri.
Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit mengakui dirinya belum lagi bergelar jutawan, meski sukses mengusahakan perniagaan dalam bidang pertanian dan asas tani.
Kata Ayu kepada MH, pengilbatannya dalam bidang tersebut yang diceburi bersama suami, Syed Fauzi sejak lebih lima tahun lalu bagaimanapun memberi ruang besar buatnya sekeluarga untuk menjalani kehidupan lebih baik.
“Jutawan? Eh tak adalah, belum lagi. Memang secara dasarnya ramai yang tengok apa yang kami usahakan seperti berjaya. Baliklah modal, tetapi bila tiba ‘musim rugi’ pun ramai yang tidak tahu.
“Usaha bidang pertanian punyai risiko tertentu. Misalnya apabila tanaman terpaksa dihapuskan kerana diserang kulat, faktor cuaca yang tidak menentu dan sebagainya,” jelas bintang kelahiran Sabah ini.
“Yang boleh saya cakap alhamdulillah, tapi kalau nak dikatakan saya jutawan tu, lambat lagi, doa-dokanlah ya,” pohon Ayu yang kini sedang mengusahakan beberapa projek Cili Jeruk dan Sambal Terung selain mengusahakan tamanan cili secara fertegrasi.
Terdahulu, Ayu ditemui MH di majlis pelancaran Doraemon Pop-Up Store di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Turut sama hadir memeriahkab sesi tersebut ialah Reyhana, Salma, Azri AF dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Ayu kini sedang dalam proses merakam single terbaru.
“Setakat ini, saya telah berjumpa dengan Awi Rafael untuk berbincang mengenai pembikinan lagu baru. Pilih dia sebab Awi sebelum ini memang pernah ciptakan lagu untuk saya.
“Kiranya ini projek terbaru dan insyaAllah, akan dilancarkan Februari depan,” kongsi Ayu yang hadir bersama anak bongsunya, Syed Aqif Najmi Syed Fauzi.
Foto: Instagram Ayu Damit
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique bersama isterinya, Siti Hajaar telah pun diraikan dalam satu majlis resepsi yang serba indah lagi meriah yang diadakan di Hotel Wydham Acmar, Klang pada malam Sabtu.
Selain keluarga dan rakan terdekat, majlis berkenaan turut diserikan lagi dengan kehadiran para rakan selebriti.
Antara yang menarik perhatian MH sewaktu majlis resepsi itu sudah tentulah kehadiran rakan duet MK menerusi lagu yang pernah mencipta fenomena, Peluang Kedua iaitu Nabila Razali.
Nabila dilihat anggun mengenakan gaun serba putih polos dan digayakan dengan beg bimbit Christian Dior serta jam tangan berjenama Rolex.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Nabila turut menzahirkan rasa apabila dapat menyaksikan momen indah sahabat baiknya itu.
“Tahniah Muhammad Hairi Amin dan Siti Hajaar. Saya amat berbesar hati kerana dapat menyaksikan momen indah ini.
“Such a lovely couple. Terima kasih kerana mengundang saya,” tulisnya.
Pada masa sama, Nabila turut berkongsi foto-foto yang sempat dirakam ketika menghadiri majlis berkenaan.
Bagaimanapun, tanpa mengetahui apa sebabnya, Nabila dilihat menutup ruang komen pada posting berkenaan.
Sekadar informasi, selepas hampir tiga tahun, lagu Peluang Kedua telah pun berjaya meraih lebih 41 juta tontonan di Youtube.
Terdahulu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan pilihan hatinya yang juga merupakan usahawan, Siti Hajaar pada Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Eyra Hazali mendedahkan dirinya baru sahaja dibenarkan keluar daripada hospital selepas menerima rawatan apabila bayi di dalam kandungannya dikatakan tidak bergerak.
Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali , dia juga sebenarnya agak risau kerana beberapa bahagian anggota badannya turut mengalami rasa sakit.
“Alhamdulillah, Eyra dah dibenarkan keluar daripada hospital.
“Pergi ke hospital sebab baby tak respond langsung even Eyra dah cucuk-cucuk perut dan bahagian ari-ari Eyra sakit sangat,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories pada Selasa.
Bagaimanapun, pelakon berusia 23 tahun ini akhirnya dapat menarik nafas lega selepas bayi di dalam kandungannya dilaporkan berada dalam keadaan yang baik.
“Tapi Alhamdulillah baby okay cuma baby sekarang besar dua minggu dan Eyra ada kontraksi sikit tadi.
“Dah cucuk dexa. Hopefully baby tunggu lama sikit baru keluar,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Erya turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga dirinya dan kandungan akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik sehingga saat dia melahirkan nanti.
“Terima kasih atas doa-doa semua dan teruskan doa ya untuk mama dan baby,” akhirinya.
Sekadar informasi, Eyra telah mengumumkan mengenai kehamilan anak kedua ini pada Januari lalu.
Pelakon drama, Nur 2 ini dijangka bakal bersalin pada Mei nanti.
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Eyra Hazali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...