Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan tidak bersetuju sekiranya ada segelintir wanita yang cenderung untuk mendedahkan masalah rumah tangga mereka di media sosial.
Rozita, 52, yang mesra disapa Che Ta berkata, ia bukanlah penyelesaian terbaik untuk menjernihkan hubungan. Sebaliknya ada cara lain yang boleh dilakukan bagi melepaskan ‘geram’.
“Tak perlu buat begitu. Bagi saya dia macam ni, apabila kita kongsi masalah rumah tangga atau keburukan pasangan di media sosial, ia ibarat tepuk air ke dulang dan terkena muka sendiri.
“Lebih baik untuk diam (berbanding berkongsi di media sosial). Sebagai isteri, berdosa ya kalau kita mengaibkan suami. Begitu juga sebaliknya. Kalau tidak suka, terus pergi ke pejabat kadi (mahkamah) atau bawa berbincang.
“Kalau nak berkias-kias di Instagram misalnya, masalahnya bukan suami kita seorang… entah-entah suami kita pun tak tengok.
“Mungkin ada cara lain untuk melepaskan geram, misalnya dengan menghantar WhatsApp kepada pasangan, kemudian padam. Saya sendiri pernah begitu kalau rasa marah pada seseorang.
“Atau pun, masuk bilik air dan jerit sepuas hati, ‘bercakap’ dengan dinding. Itu lebih baik daripada kita menceritakan keburukan pasangan dalam media sosial,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon Kiah Pekasam ini juga Rozita juga tidak adil sekiranya hanya wanita sahaja dipersalahkan dalam isu skandal.
“Kalau sesetengah lelaki itu yang memang jenis yang berlaku curang, kalau miliki isteri macam ratu cantik pun dia tetap akan cari perempuan lain.
“Akan tetapi sekiranya lelaki itu seorang yang setia, ada isteri yang biasa-biasa sahaja pun akan setia. Jadi pokol pangkalnya adalah lelaki itu.
Ads
“Saya tidak suka wanita yang bila dapat tahu pasangannya ada berhubungan (curang), dia menyalahkan perempuan lain. Kata orang, its takes two to tango. Suami mungkin bukan baik sangat pun, kenapa nak salahkan satu pihak sahaja.
“Macam contoh kalau suami saya ada hubungan dengan orang lain, saya tumbuk suami sendiri. Tak adalah nak tarik tudung si penyondol. Laki kita yang menggatal. Tapi kalau dia tidak sama naik, benda tu tak akan berlaku insya-Allah,” katanya lagi.
Apa pun yang berlaku, Che Ta juga percaya soal jodoh adalah ketentuan dari Yang Maha Esa selain tidak menafikan kepercayaan dan kejujuran penting dalam hubungan suami isteri.
Mempertaruhkan dua buah lagu pada peringkat Semifinal Muzik-Muzik Ke-38 (SFMM38) yang berlangsung minggu lalu, Shiha Zikir nyata sebak apabila karya nyanyiannya, Kalam diumum mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38), Mac depan.
Sambil meluahkan rasa terharu, Shiha juga bersyukur apabila naskhah nukilannya sendiri bersama komposer Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves berjaya lolos, bersama 11 buah lagu lainnya.
“Jujur dari peringkat separuh akhir lagi Shiha berasa sebak dan terharu kerana ramai peminat sedar kewujudan lagu Kalam dan mengundinya hingga ke tahap ini.
“Sekarang ni bila layak ke AJL, rasa gembira dan bersemangat memandangkan lagu ini sangat bermakna buat Shiha kerana ia sebuah lagu tradisional fusion.
“Shiha memang nak sangat lagu-lagu berentak tradisional macam ni layak ke peringkat tertinggi seperti AJL,” ulasnya.
Ditanya mengenai cemuhan segelintir warganet yang melabelkan Kalam sebagai sebuah lagu sendu, Shiha bagaimanapun tenang memberikan responsnya.
Tambahnya lagi, sejak dulu sampai sekarang, prinsipnya sama sahaja iaitu mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
“Jika benar sambutannya sendu, tak mungkin lagu ini akan dipilih sebagai 30 buah karya di peringkat separuh akhir kerana untuk berada di SFMM, ia perlukan undian yang cukup daripada peminat,” jelasnya.
Terdahulu, terdapat beberapa pihak yang seolah-olahmempertikaikan kemasukan Shiha ke peringkat akhir AJL38 yang disifatkan terlalu kerap sejak AJL35.
“Kali pertama sewaktu AJL35, saya masuk sebab menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu 7 Nasihat.
“Pada edisi AJL36 barulah buat julung kalinya saya lepas ke pentas akhir dengan lagu nyanyian sendiri iaitu AEWO bersama Noki.
“Tahun lepas adalah yang kedua kalinya menerusi lagu Irama. Itupun saya cuma menang kategori Persembahan Terbaik, bukannya menang keseluruhan,” ulasnya memberi pencerahan.
Menurutnya lagi, setiap kali menghasilkan karya baharu, dia memang meletakkan AJL sebagai penanda aras dalam memastikan kesemua lagu-lagu yang dihasilkan berkualiti selain memenuhi cita rasa pendengar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hidup bagaikan roda, tidak selamanya berada di atas. Inilah yang terjadi kepada bintang Spice Girls, Mel B apabila dia mendedahkan yang dirinya hanya memiliki wang sebanyak £700 apabila berpisah dengan bekas suami, Stephen Belafonte.
Dia yang berhijrah ke Amerika Syarikat selama lebih 15 tahun berkongsi bahawa kehidupan menjadi sukar apabila dia perlu pulang semula ke United Kingdom pada 2019.
Daripada kehidupan yang serba mewah, dia terpaksa tinggal dengan ibunya dan berkongsi bilik yang sama dengan anak-anak. Selain itu, dia juga mula menyesuaikan diri untuk membeli belah di lokasi hemat seperti Aldi dan Lidl.
Mel B atau nama sebenarnya Melanie Brown memfailkan penceraian daripada penerbit filem Hollywood, Stephen Belafonte pada Mac 2017, berikutan dakwaan penderaan yang dilakukan bekas suaminya itu. Walaupun begitu, Stephen menafikan pertuduhan itu berulang kali.
“Orang ramai akan beranggapan saya kaya hanya kerana saya sebahagian daripada Spice Girl, tetapi kehidupan saya berubah daripada membuat persembahan kepada ribuan orang di Wembley pada Jelajah Reunion Spice Girls pada 2019 kepada berhimpit di rumah ibu dengan anak-anak tidur bersama,” ujarnya saat ditemu bual akhbar The Sun.
Selain itu Melanie turut mendakwa bekas suaminya itu melakukan penyelewengan kewangan terhadapnya.
“Saya sentiasa menjaga wang saya sendiri, tetapi lama-kelamaan saya tidak bimbang tentang wang kerana pada pandangan saya dia menjaganya. Tetapi selepas itu saya sedar bahawa saya perlu bermula dari awal,” tambahnya
Kini, selain membina kembali kehidupannya. Mel B berkempen untuk kesedaran isu penderaan rumah tangga. Dia yang menerima darjah kebesaran Member of British Empire (MBE) pada tahun 2022 mendedikasikan penghormatan itu untuk membanteras isu berkenaan.
Imbas kembali, wanita berusia 48 tahun ini mengecap kejayaan besar menerusi kumpulan Spice Girl. Dia memiliki tiga anak perempuan dari tiga hubungan dengan lelaki yang berbeza.
Kini dia kerap memenuhi undangan bertindak sebagai juri untuk pelbagai rancangan seperti X-Factor, The Masked Singer Australia dan America’s Got Talent.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun sudah agak terlambat menyambut cabaran #10yearschallenge, namun kata Rita Rudaini, atas permintaan peminat, bintang cantik ini akhirnya memuat naik cabaran tersebut di Instagram.
Melihatkan foto yang dikongsikan, peminat mula membayangkan Rita seperti sengaja menghangatkan pagi yang sedang hujan.
Memaparkan gambar lama bersama bekas suami, Aidil Zafuan dan anaknya Airit Rayyan Rizqin, manakala gambar tahun 2019 pula dirinya bersama dua anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
“Nah! Ni #10yearchallenge sisturr…nk buat lagu mana, dah tahun 2009 tu pic sisturr masih ada suami..
“Takdak plak pic sisturr single…nk tutup or crop xsampai hati sbb masih hidup….xpa lah,xsalah pon,kenangan 2009 xle di ubah n xbole di padam..kannn..jd kan sbgai satu perjalanan hidup yg penuh pengajaran dan kenangan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, pelakon jelita ini menyatakan keadaannya masih sama seperti dahulu, tetap bertiga.
“Amacam #10yearchallenge sisturr? byk perubahan x? Sama je kan..dulu bertiga skrg pon bertiga jugak…ni baru btui PICTURE #10yearchallenge tau ? …sisturr xde nak letak pic tipu punyaaa looohh,” ulasnya.