Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan tidak bersetuju sekiranya ada segelintir wanita yang cenderung untuk mendedahkan masalah rumah tangga mereka di media sosial.
Rozita, 52, yang mesra disapa Che Ta berkata, ia bukanlah penyelesaian terbaik untuk menjernihkan hubungan. Sebaliknya ada cara lain yang boleh dilakukan bagi melepaskan ‘geram’.
“Tak perlu buat begitu. Bagi saya dia macam ni, apabila kita kongsi masalah rumah tangga atau keburukan pasangan di media sosial, ia ibarat tepuk air ke dulang dan terkena muka sendiri.
“Lebih baik untuk diam (berbanding berkongsi di media sosial). Sebagai isteri, berdosa ya kalau kita mengaibkan suami. Begitu juga sebaliknya. Kalau tidak suka, terus pergi ke pejabat kadi (mahkamah) atau bawa berbincang.
“Kalau nak berkias-kias di Instagram misalnya, masalahnya bukan suami kita seorang… entah-entah suami kita pun tak tengok.
“Mungkin ada cara lain untuk melepaskan geram, misalnya dengan menghantar WhatsApp kepada pasangan, kemudian padam. Saya sendiri pernah begitu kalau rasa marah pada seseorang.
“Atau pun, masuk bilik air dan jerit sepuas hati, ‘bercakap’ dengan dinding. Itu lebih baik daripada kita menceritakan keburukan pasangan dalam media sosial,” katanya kepada MH.
@mediahiburanofficial Kalau tak meletop, bukanlah Che Ta nama dia. ♥️😍 #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ So Much Happiness – Lux-Inspira
Che Ta berkata demikian ketika diitemui pada majis pelantikannya sebagai ‘muse’ Angsa Emas Jewellery di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan;
“Satu Benda Zain Ulang Tanya Setiap Waktu, Sayang Dah Solat?,” – Che Ta
“Anak Kami Memang Suka Besiap! Tak Kan Lah Dia Nak Melaram Kami Nak Larang,” – Che Ta
Dalam pada itu, pelakon Kiah Pekasam ini juga Rozita juga tidak adil sekiranya hanya wanita sahaja dipersalahkan dalam isu skandal.
“Kalau sesetengah lelaki itu yang memang jenis yang berlaku curang, kalau miliki isteri macam ratu cantik pun dia tetap akan cari perempuan lain.
“Akan tetapi sekiranya lelaki itu seorang yang setia, ada isteri yang biasa-biasa sahaja pun akan setia. Jadi pokol pangkalnya adalah lelaki itu.
“Saya tidak suka wanita yang bila dapat tahu pasangannya ada berhubungan (curang), dia menyalahkan perempuan lain. Kata orang, its takes two to tango. Suami mungkin bukan baik sangat pun, kenapa nak salahkan satu pihak sahaja.
“Macam contoh kalau suami saya ada hubungan dengan orang lain, saya tumbuk suami sendiri. Tak adalah nak tarik tudung si penyondol. Laki kita yang menggatal. Tapi kalau dia tidak sama naik, benda tu tak akan berlaku insya-Allah,” katanya lagi.
Apa pun yang berlaku, Che Ta juga percaya soal jodoh adalah ketentuan dari Yang Maha Esa selain tidak menafikan kepercayaan dan kejujuran penting dalam hubungan suami isteri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.