Pelakon dan usahawan, Fazren Rafi mengakui dia sebenarnya berasa agak berat hati apabila terpaksa menangguhkan tempoh bayaran gaji untuk para pekerjanya.
Menurut Fazren, sepanjang enam tahun menjalankan bisnes makanan di kantin, ini adalah kali pertama dia terpaksa mengambil langkah sedemikian.
Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi drama, Spa Q ini berasa amat bersyukur kerana dikurniakan pekerja-pekerja yang amat memahami mengenai situasi yang sedang dialaminya ketika ini.
“First time dalam sejarah hidup Faz, enam tahun berniaga kantin Faz jumpa dengan semua pekerja mintak lewat bayar gaji. Nasib baiklah diaorang semua okay dan memahami.
“Sekarang ni duit masuk susah, duit tak masuk lagi lah susah. Faz yakin semua yang tengah berniaga luar sana mesti lalui benda yang sama. Tak cukup nak rolling ditambah pula pekerja yang susah nak dapat dan semua ganji tinggi,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga kini berasa agak terbeban dengan harga barangan basah dan kering yang disifatkan agak melampau sejak kebelakangan ini.
Dalam pada itu, sebagai pengusaha kantin, Fazren turut mendedahkan dia sebenarnya tidak gemar untuk mencatu atau mengurangkan kualiti makanannya semata-mata untuk menjimatkan kos.
“Pendapatan turun naik, harga-harga barang tak dapat nak dijangka. Barang-barang kering dan basah dekat luar pun kalau dia naik tak ingat dunia. Ada yang susah nak dapat contoh minyak paket dan now telur pun boleh tak ada stock.
“Inilah cabaran berniaga. Part paling Faz tak suka kira-kira bil sebab takut nanti berkira dengan makanan. Ayam jangan letak besar sangat. Sambal kurangkan. Masak cair-cair sikit. Benci betul kalau keluar dari mulut kena budjet masa masak. Done luah hahahaaa,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen faham dengan situasi tersebut selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Fazren.
“Semoga anak-anak yang makan “sedap” akan sentiasa mendoakan awak.
“Semoga terus sabar dan berjaya sahabatku.
“Same goes to me and my mom. Tahun ni agak perit untuk kami. Tender kantin hampir 16 tahun, terasa sangat barang naik mendadak. Huhhh, sabar je laa.
“Semoga Faz dan team kuat dan sukses inshallah. Rezeki berganda akan datang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, perniagaan Fazren turut dilaporkan terjejas akibat musibah banjir yang melanda beberapa buah kawasan di Selangor baru-baru ini.
Beberapa tempahan katering sempena majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana kawasan majlis telah dinaikki air.
Namun, atas dasar perihatin, Fazren telah menyumbangkan makanan-makanan tersebut buat mangsa-mangsa yang terkesan akibat musibah banjir di Meru, Klang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.