Solekan dan wanita umpama seperti isi dan kuku yang tidak dapat dipisahkan.
Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin seperti biasa akan berkongsi rutin harian bersama perminatnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Elizad memberitahu dia tidak gemar untuk mengenakan solekan tebal dan terlalu lama malah lebih gemarkan solekan yang ringkas.
“Lepas subuh pi kerja muke x makeup & muke mengantox . Sampai tempat kerja , stgh jam terusss dah cantekkkk . Ni semua kerja @acuuu_84 & Kak @bib73 . Aaaa yg penting , mokcik x suka makeup tebal2 & lama2.
“Siap utk Mingguan Wanita & Petang nnt #DuoSinar . Ya , Nak request lagu apa ? Dah2 , Jom kerja,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat memuji wajah bintang drama bersiri Puteri Yang Ditukar itu yang kelihatan sangat cantik dan ayu.
Dalam perkembangan lain, Elizad merupakan salah seorang pengacara program bual bicara Mingguan Wanita yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, 11 pagi di Astro Prima.
Sherry Alhadad, Erra Fazira, Norman Hakim dan Radin antara rakan pengacara yang turut bergandingan dengan Elizad dalam mengacarakan program berkenaan.
Foto : Instagram Elizad Sharifuddin