Tak Suka ‘Tittle’ Janda Jadi ‘Bahan’, Erra Fazira Pertahan Status Yang Dipikul Sejak 5 Tahun Lalu

Share

Tanggal 18 Februari 2014, pelakon dan pengacara Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan Engku Emran di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia 10 tahun.

Sekali gus, Ratu Cantik Malaysia/World 1992 itu telah memegang status ibu tunggal beranak satu.

Menerusi Youtube Official Ria X : Chit Chat With Michael Ang, Erra menjelaskan gelaran janda bukanlah sesuatu yang memalukan.

Sebaliknya, sebagai satu kekuatan bagi wanita sepertinya.

“Janda itu adalah orang yang kuat. Sekiranya dia stay dalam rumah tangga, tapi hati tak bahagia, tak tenang, tak ada kedamaian, jiwa tak rela. Tak ada gunanya.

“Dia (janda) buat keputusan yang sangat berat, mungkin keputusan yang mereka buat keluarga tak suka atau kawan-kawan pandang sebelah mata , tapi janda ni lebih tahu apa yang dia nak.

“Jangan hiraukan apa orang nak cakap. Hidup kita bukan untuk org lain sebab mereka tak tahu susah senang, jatuh bagun golongan janda.

Kongsi Erra atau nama penuhnya, Fazira Wan Chek lagi, saat paling sedih adalah berpisah dengan anaknnya.

“Paling perit adalah berpisah dengan anak. Hati dan akal berkata kita sayang sesama manusia, tapi satu hari nnti kita akan berpisah mungkin disebabkan kematian atau anak akan berkahwin dan ikut suami juga.

“Sebagai seorang ibu, yang penting adalah kebahagaian anak. Saya akan sakit kalau anak saya tak happy,” kongsi Erra jujur.

Bersikap tenang dan matang, bintang Hingga Hujung Nyawa ini reda akan ketentuan Ilahi.

“Saya berbalik kepada Allah bahawa ini semua pinjaman. Tak ada yang kekal dalam dunia ini kecuali amalan kita untuk bekalan akhirat kelak. 

“Jadi, target saya dengan anak adalah untuk berjumpa di syurga satu hari nanti. 

“Saya pernah cakap dengan dia, Alisya, suatu hari  nanti kita akan berpisah dan kita akan berjumpa di syurga, Insyallah,”akhiri Erra.

Terdahulu, Erra mendirikan rumah tangga dengan Yusry Abd Halim 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.

Erra kemudiannya berkahwin dengan Emran pada 2007 dan bercerai pada Februari 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,Engku Aleesya.

Video : Youtube Official Ria X

Published by
Amynur Akmal