Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata ketiga.
Malah, Aeril turut berkongsi video ultrasound kandungan Wawa menerusi Instagram miliknya.
“Teman wawa scan baby. tak sure nampak baby ke nampak roti john dlm perut tu.?alhamdulillah.. doakan baby baik2 saja semua,” tulis Aeril.
Video berdurasi 30 saat itu memaparkan reaksi kedua-dua anak mereka, iaitu Hayla Maghfirahtul dan Ahmad Fakharuddin Attar yang teruja melihat bakal ‘adiknya’ itu.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video berkenaan.
Terdahulu, Wawa telah membuat kejutan kepada Aeril apabila mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Video : IG Aeril Zafrel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Nak Pilih Hospital, Saya Tunaikan,” – Belum Ada Rezeki Bersalin Normal, Raqib Majid Cerita Tasha Manshahar Akan Dibedah
Penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid mendedahkan walau sesibuk manapun urusan hariannya, dia akan sentiasa meluangkan masa untuk menemani isterinya yang juga merupakan penyanyi, Tasha Manshahar bagi menjalani pemeriksaan kehamilan.
Menurut Raqib, perkara tersebut sememangnya sudah menjadi rutin penting buat dirinya semenjak isterinya hamil anak pertama mereka iaitu, Muammar Rafiqi.
Katanya lagi, pada kehamilan kali kedua ini, dia juga akan menunaikan permintaan Tasha untuk bersalin di hospital pilihannya.
“Harini for the first time Muammar ikut dedi bawa mommy check up. Lain rasanya bila ada anak lelaki sulung teman. Dapat jugak Muammar tengok adik sebelum adik keluar tak lama lagi.
“Sebagai seorang suami dan ayah, walau sesibuk mana tetap saya cuba adakan masa untuk tak terlepas teman Tasha check up since Tasha mengandungkan Muammar lagi. Alhamdulillah ALLAH bg rezeki waktu. Kalini Tasha tanya boleh ke dia nak pilih hospital yang dia nak, jadi saya tunaikan.
“Tok guru saya pesan, kalau nak murah rezeki jangan berkira dengan isteri, anak-anak dan keluarga. Doakan saya ye,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Raqib memaklumkan, isterinya itu bakal melahirkan cahaya mata kedua mereka secara pembedahan memandangkan posisi bayi dilaporkan berada dalam keadaan songsang.
Meskipun ia merupakan satu perkhabaran yang sedih buat isterinya, namun, Raqib percaya perancangan Allah adalah yang terbaik.
“Cuma Tasha sedih sikit harini sebab doktor kata baby tak pusing ke posisi yang sepatutnya. Jadi doktor cadangkan untuk set tarikh. Saya tahu jauh disudut hati Tasha nak cuba untuk bersalin normal sebab dia dah ada pengalaman czer masa melahirkan Muammar.
“Tapi, saya pesan pada dia Allah tahu yang terbaik. Yang penting mommy dan baby selamat. Minta doa semua agar dipermudahkan urusan kami sekeluarga,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar segalanya urusan Tasya saat melahirkan nanti akan dipermudahkan.
“Semoga dipermudahkan segala urusan untuk awak dan isteri ya sheikh.
“Insyaallah syeikh semua nya dipermudahkan untuk Tasha, awak, Muammar & baby.
“Semoga dipermudahkan proses bersalin.
“Muammar dah nak jadi abang abang. Moga dimudahkan urusan ticer Tasha,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 September 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung, Muammar Rafiqi yang kini baru berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram Raqib Majid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gementar Jalani Swab Test Covid-19, Ezzaty Abdullah Sampai… “2 Hari 2 Malam Menangis Sebab Takut.”
Tidak dinafikan, ada segelintir yang bersama gementar untuk menjalani ujian saringan Covid-19 (swab test) dan itulah yang dirasai oleh pelakon Ezzaty Abdullah.
Jelas Ezzaty, dia berasa takut untuk menjalani ujian saringan tersebut kerana khuatir kesakitan yang bakal dialami.
Meski begitu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ibu kepada seorang cahaya mata ini tetap menjalani ujian saringan tersebut demi menjaga keselamatan orang ramai serta atas komitmen kerjaya.
“Ya Allah, tuhan je tau betapa nervous nye saya bila tau nak buat swab test. 2 hari 2 malam nangis sebab takut.
“Pagi tadi pun nangis lagi. saya memang jenis yang tak tahan sakit even amik darah dekat jari pun boleh nangis sakit.
“Tapi sebagai rakyat yang ingin bekerja dan akan jumpa ramai orang, saya perlu bertanggungjawab untuk buat swab test ni sebagai langkah berjaga2 dan memastikan saya tidak menyebarkan wabak covid kepada orang lain especially my family and coworkers.
“Takut or tak semua kena letak tepi dulu ok. Trust me, memang tak sakit pun. kalau saya jenis yang memang tak tahan sakit langsung ni pun cakap tak sakit, macam mana dengan korang?
“Jangan risau kalau tak ade masa or transport nak ke klinik ni sebab dorang boleh datang ke tempat kita untuk melakukan swab test ni. Book je appointment dengan @kumpulan_megaklinik_zahran ok!
“Tq so much @tv3malaysia dan pasukan perubatan Megaklinik Zahran yg memudahkan kami membuat saringan di lokasi. Dah buat baru la #kitajagakita,” tulisnya.
Pelakon drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim ini meluahkan rasa syukur dirinya kini disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan tersebut.
“Alhamdulillah result dah dapat dan negatif!
semoga kita semua dijauhi dari wabak covid-19,” tulisnya lagi.
G
Sekadar informasi, pihak kerajaan telah memberi kebenaran kepada pihak produksi untuk menjalani pengambaran namun kesemua krew yang terlibat harus menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.
Foto: Instagram Ezzaty Abdullah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun
Ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi atau mesra disapa Makde mendedahkan, pada hari arwah dibawa ke hospital, arwah minta dia untuk memindahlan sejumlah wang dalam akaun peribadi arwah ke akaun bank miliknya.
Menurut Siti Fatimah,34, dia pada awal tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya untuk berbuat demikian.
“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.
“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan.
“Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.
“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu, terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.
Tambahnya lagi, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.
“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos.
“Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.
“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.
“Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.
“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwah suka bersedekah,” katanya.
Sebagai info, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI