“Tak Tabur Pasir Dalam Periuk Nasi, Cuma Kalau Boleh Aku Nak Ludah Jer Muka Kau!,” – Ifa Raziah Tempelak Siapa?

Share

Beberapa hari lalu, selebriti versatil Ifa Raziah ada memuat naik sekeping foto bergambar dengan sebuah kenderaan mewah berwarna putih.

Dipercayai, ia merupakan kereta yang baru dibeli bintang yang sinonim menerusi lagu Ser Ser Ser ini.

Menerusi ruangan kapsyen, Ifa menyatakan apa yang dilakukan adalah hasil titik peluh sendiri, bukan atas pinjaman pihak ketiga.

“Ini semua titik peluh usaha sendiri .. Takda nak pinjam Along ker .. takda nak pinjam Boss & Ceo ker.. takda nak pinjam Dato Seri & Dato ker.. Takder nak pinjam kereta org sekadar bergambar ker..

“Takda nak kaki bodek atau kaki cucuk Jubuq org ker.. So Jgn Nak Mengata MISS DIVA pinjam duit sesiapa.. Hanya pinjam Loan Bank jer,” tulisnya.

Malah, Ifa turut mengakui ia merupakan hasil kerja keras dan cuku-cukuplah mengata dirinya sebagai ‘artis sendu’.

“Alhamdulillah Berkat Kerja Keras .. Cukup2lah nak mengata MISS DIVA ni artis SENDU ., artis SANGKAK.. Tak Kacau & Caras pun Job Ko ..

“Tak Tabur Pasir pun dlm Periuk Nasi ko.. Cuma kalau boleh AKU NAK LUDAH jer muka ko…,”kongsi pengasas produk pelangsingan, Solid Molid ini lagi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status berkenaan ditujukan kepada mana-mana pihak.

Terdahulu, Ifa menjadi perhatian ramai apabila mencari sangkar mewah bernilai ribuan ringgit untuk tiga ekor kucing peliharaannya.

Foto: Instagram Ifa Raziah

Published by
Rafiq Mazlan