Penyanyi, Harith Zazman menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Nuramalina Ghakashah telah semalat melahirkan cahaya mata sulung mereka awal pagi tadi.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Harith menerusi hantaran terkini di ruangan Ins stories.
Pada masa sama, penyanyi lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) ini turut mengumumkan dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan bayi lelaki mereka Farrel Ali.
“Alhamdulillah, Farrel Ali. 20 Mei 2022,” tulisnya ringkas
Menerusi ciapan di Twitter, Harith turut memaklumkan isteri serta anaknya kini berada dalam keadaan yang baik.
Malah, dia juga mengambil kesempatan tersebut untuk merakamkan ucapan terima kasihnya buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya itu.
“Hargai lah ibu ibu mengandung, mereka memang orang orang yang hebat! terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Harith dan isterinya.
“Alhamdulillah! Semoga harith dan lee menjadi parents yang sangat baik.
“Tahniah, semoga menjadi bapa yang memenuhi keperluan dan impian anak.
“Tahniah bro. Semoga urusan dipermudahkan amin.
“Barakallah. Tahniah buat keduanya.
“Tahniah bro! Welcome to daddy’s world,” antara komen-komen netizen di Twitter.
Terdahulu, Harith telah mendirikan rumah tangga bersama Nuramalina yang juga merupakan seorang model pada tanggal 28 Ogos 2021.
Pada November tahun lalu, Harith mengumumkan isterinya itu telah hamil tiga bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Harith Zazman