Penyanyi Tom pitam tiba-tiba ketika berada di kedai makan sejurus tamat konsert keempat Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), pagi Isnin.
Tom Ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan bersyukur ramai yang membantunya.
“Sebenarnya Tom sudah mula rasa tidak sedap badan ketika berada di sidang media selepas konsert berakhir tetapi tidak sangka sehingga pitam.
“Ketika di sidang media, Tom memberitahu pengurus Tom iaitu Abang Aalan yang Tom rasa tidak sihat dan dia cadangkan kami ke restoran untuk makan.
“Sedang elok duduk di kedai mamak, tiba-tiba pandangan Tom gelap, tahu-tahu sepupu Tom dan rakan-rakan sedang angkat dan membaringkan Tom di atas kerusi.
“Mereka kata Tom tiba-tiba rebah ke bawah meja tapi Tom tak ingat langsung. Syukurlah tak apa-apa. Ramai yang membantu ketika itu, ada yang memberi minyak angin, mengurut Tom dan sebagainya,” katanya.
Ads
Tom turut memberitahu, rakan peserta Bob yang kebetulan turut berada di lokasi sama ada membantunya juga.
“Malah Bob yang turut ada di restoran yang sama turut memberikan saya gula-gula kerana katanya mungkin gula saya rendah ketika itu.
“Tak tahu apa punca saya pitam, mungkin sebab terlalu penat. Mereka mencadangkan untuk ke hospital tapi Tom tak mahu kerana rasa sudah okey selepas muntah dan sekarang hanya berehat di rumah.
Ads
“Mungkin juga badan masuk angin sahaja, maklumlah lewat makan,” katanya lagi.
Terdahulu dalam saingan minggu lalu, Tom yang menyampaikan lagu Hanya Satu yang dipopularkan oleh Datuk Nora Ariffin berada antara tiga kedudukan terbawah.
Tambahnya, dia amat berterima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang ramai yang berada di restoran tersebut yang bersungguh-sungguh membantunya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Iesya Toh berkongsi beberapa keping foto negara luar sewaktu sekatan dilakukan untuk menghalang penyebaran wabak Covid-19 dan rata-ratanya lengang dan sunyi daripada kesesakan jalan raya.
Walau bagaimanapun ia berbeza dengan Malaysia di mana jumlah kenderaan dilihat seperti nornal dan ramai juga rakyat masih mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sebab tu jgn tanya kerajaan bila nak abis PKP! .
“Klu kite patuh, displin, usaha ikut arahan. Pasti Allah akan bantu kite utk banteras wabak ini! .
“Tgk beza di Malaysia!! Jgn kata lain laaaa.. tu yg suka buat kontroversi sana sini, cubit anak angkat utk raih simpati, slumber je Upload bjalan lebih 10km bersama family! .
Menurut kenyataan akhbar, seramai 1,096 individu di Johor ditahan susulan ingkar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga semalam di mana 655 individu telah didakwa di mahkamah.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain itu, penyanyiyang popular dengan lagu Sesungguhnya akui berasa gementar untuk cabaran berbasikal kerana jaraknya yang terlalu jauh.
“Paling gementar cabaran berbasikal. 180km, that’s a long ride ladies and gentleman,” tulisnya lagi yang sudah dua tahun berturut-turut menyertai kejohanan tersebut.
Cabaran Ironman merupakan sebuah kejohanan yang menguji ketahanan fizikal setiap peserta.
Difahamkan, seramai 2,500 atlet dari 70 negara telah mengesahkan penyertaan untuk tahun ini.
Terdahulu, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 112.7km itu, melibatkan berenang sejauh 1.6km, berbasikal 90km dan berlari sejauh 21.1 km.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!