Pelakon, Atiq Azman memaklumkan dirinya mengalami kecederaan luka kecil di bahagian kepala selepas terlibat dalam satu insiden yang tidak diduga.
Menurut Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, kejadian tersebut berlaku sewaktu dia sedang mandi di sungai, dua hari lalu.
Malah bintang drama Nur ini turut berkongsi foto sejurus menerima beberapa jahitan di bahagian luka tersebut.
“For those yg tanya Atiq kenapa tak update and active sangat these few days, sebab ada satu tragedi yg jadi masa Atiq mandi sungai 2 hari lepas,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 21 tahun ini menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati supaya perkara yang buruk tidak berlaku.
Di samping itu, Atiq memohon orang ramai mendoakan buat dirinya agar sembuh dan pulih seperti sediakala.
“Be carefull okay guys kat mana mana pun korang, pls be carefull sbb kita tak tahu benda macam ni boleh jadi, yang penting sebelum buat apa apa doa and bismillah dulu,
“And jangan buat benda yg lain dari lain sangat, pesanan ni untuk diri Atiq juga. Doakan Atiq cepat sembuh ya guys,” tulisnya lagi menerusi hantaran di akaun Instagram.
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian peminat yang mendoakannya agar segera sembuh dan memintanya untuk lebih berhati-hati selepas ini.
Foto: Instagram Atiq Azman