Suami kepada arwah ustazah Shadiya yang baru sahaja meninggal dunia 5 April lalu berkongsi perjalanan terakhir isterinya di laman Facebook.
Luahan rasa yang cukup mencengkam perasaan, jelasnya selama ini arwah isteri yang menjadi makmum di belakang, namun kini dia di depan sebagai jenazah.
Malah pemergiannya disifatkan sebagai cukup bertuah apabila Allah menghadiahkan liang lahad dan kubur yang cukup indah.
Perkara itu turut menjadi perbualan petugas pengurusan jenazah beberapa hari sebelum arwah meninggal dunia. Pendakwah ini turut berkongsi perbualan di laman Whatsapp akan persoalan siapa penghuni yang bakal mendiami liang lahad ‘cantik bagaikan karpet’ itu.
“PERJALANAN TERAKHIR. Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya Shadiya Abbas petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah.
“Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang.
“Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
“Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
“Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini.
“Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.
“Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.
“Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
“Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya,” kongsinya sambil membacakan doa.
PERJALANAN TERAKHIR====================Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan…
Posted by MK Azman on Monday, April 6, 2020
Terdahulu, arwah Shadiya meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat sesak nafas. Arwah meninggalkan dua orang anak.
Foto : Facebook MK Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI