Berdepan dengan cabaran di alam perkahwinan menjadikan penyanyi dan pelakon, Lufya Omar semakin kuat untuk bangkit semula demi diri dan anaknya.
Lufya baru-baru ini berkesempatan bertemu penceramah bebas,Ustaz Ebit Lew untuk memberi motivasi dan semangat kepada ibu tunggal itu.
“Cabaran Single Mother membesarkan anak seorg diri tpi ganjarannya.
“Extended video yang diberikan Ustaz @ebitlew untuk memberi khabar gembira dan motivasi bukan sahaja untuk lufya tetapi seluruh ‘Single Mother’ di luar sana.
“Subhanallah Tersenyumlah dan Bersabarlah sebentar di dunia ini untuk menerima ganjaran yang teramat hebat “di sana” nanti,” tulis Lufya sambil disertakan video di Instagramnya.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, Lufya tidak dapat menahan sebak menceritakan nasib yang dialaminya.
Sementara itu, di Instagram Ebit pula, dia turut tersentuh dengan perkongsian yang menimpa bintang Mahar Tanpa Cinta itu.
“Sebak menangis hari ini bila sesi hati ke hati @lufyalaana menangis bertanya bagaimana nak mendidik anak-anak dan menjadi ayah ibu dalam masa yang sama.
“Begitulah seorang ibu walau ujian besar melanda keluarga tetap risau keadaan anak-anak.
“Pendidikan dan kasih sayang. Semoga Allah rahmati semua wanita diluar sana yang kuat dan diuji Allah.
“Pasti Allah balas dengan sebaik-baiknya. Semuanya kerana dia sayang. Allah ingin beri rahmat dan kebaikan yang melimpah ruah disebalik semua ujian.
“Tak tahu nak ungkap bagaimana tetapi begitulah ujian hari ini susahnya nak cari suami atau ketua keluarga yang baik. Allahuakbar.
“Semua menangis tadi. Semoga tangisan semua jadi asbab hidayah dan rahmat buat semua. Semuanya Kerana Allah dan Redha Allah menjadi ubat. Allahuakbar,” tulis Ebit.
Antara yang hadir berkongsi dan mendengar luahan adalah Nur Heliza Helmi,Joy Revfa,Yatt Hamzah,Dayah Bakar, Farah Adeeba dan Emira Khan.
Sekadar imbasan, Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang puteri, Laana Haura, 2 tahun.
Namun, pada petengahan September lalu, pasangan ini disahkan bercerai menerusi aplikasi WhatsApp.
Video : Instagram Lufya/Ebit Lew