Bahagian dari anak pasangan usahawan kosmetik, Datin Sri Shahida dan Datuk Sri Aliff Syukri, iaitu Ibraheem Adham atau mesra dipanggil Baem mengalami benjol selepas dipercayai terjatuh ketika bermain bersama adik-beradiknya yang lain baru-baru ini.
Meski saiz benjolnya agak besar, namun usikan daripada ibunya membuatkan wargamaya terhibur.
Berniat mahu menasihati anaknya, Shahida berkata anaknya mungkin hilang ingatan disebabkan benjol yang dialami.
“Lasak sangat tak reti diam, saya tipukan aja nanti dia hilang ingatan sbb benjol dia besar. Kemain tangisan keinsafan dia.
“Tak tahu nak kesian ke nak ketawa!,” tulisnya pada video yang dikongsikan menerusi Instagram itu.
Sambil menangis, Baem turut tidak mahu jauh daripada ibunya dan hanya memeluknya erat. Malah, dia tak henti berzikir.
Bagaimanapun selepas kejadian, benjol besar di kepala Baem kian menyusut dan kembali pulih.
Selain Baem, pasangan ini turut mempunyai empat orang cahaya mata lain, Ammar Ahyyan, Qadejah El, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.
Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 900,000 kali tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Foto: Instagram Datin Shahida