“Tak Tahu Nak Nagis Ke Gelak,” – Farah Lee Terkejut Lihat Gaya Rambut Terkini Anak, Ini Pula Reaksi Peminat

Share

Bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar iaitu Farah Lee memuat naik foto terkini anak perempuannya, Maream Esabel yang tampil dengan gaya potongan rambut pendek.

Perkara itu dikongsikannya di Instagram dan telah meraih hampir 30,000 likes.

“Maream: Orked wants to cut my hair.
Orked: Because Maream wants hair like boys.
Omma: …

“Taktau nak nangis ke nak gelak. 30 minit gak aaa omma speechless taktau nak cakap apa. Selama ni tengok anak orang je main potong2 rambut.

“Anak sendiri dan cousin, complete macam kedai. Dia ingat kedai gunting rambut still belum boleh bukak kot. Huwaaaaa tolong cantum balik hati omma yang berkecai ni 😫😫😫[5years10months],” tulisnya.

Menerusi foto tersebut, Maream bersama sepupunya, Orked masing-masing menggunting rambut dengan gaya potongan yang mencuit hati.

Sementara itu, rata-rata terhibur dengan telatah kanak-kanak perempuan berkenaan.

Comel pula tengok kanak-kanak ini dengan gaya terbaru mereka.

Ia pasti menjadi satu kenangan bagi mereka untuk diceritakan apabila sudah meningkat dewasa kelak.

Foto: Instagram Farah Lee

Published by
Amynur Akmal