Tidak dinafikan, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara telah memberi banyak kesan kepada semua orang termasuk kanak-kanak.
Baru-baru ini pelakon Datin Almy Nadia ada berkongsi gelagat anaknya yang kebosanan di rumah sepanjang tempoh PKP.
Kongsi Almy, mereka sekeluarga sudah lama tidak pergi bercuti oleh kerana pelaksanaan PKP masih berkuatkuasa.
“Fizz fairuz tolong laa bawa kami keluaq p bercuti,tgk sat anak2 ni jadi apa dah bila lama sgt dok rumah taktau nak nagis atau nak gelak hampa rasa apa.. @fizzfairuzofficial,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut berkongsi cerita dan pengalaman di ruangan komen entri berkenaan.
Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Foto: Instagram Almy Nadia