“Tak Tahu Nak React Apa, Saya Tengah Bantu Sahabat…,” – Instafamous Hafiz Mahamad Reda Takdir Allah, Terima Berita Isteri Gugur

Share

Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad memaklumkan isterinya, Syafiqah Aina mengalami keguguran.

Hafiz menjelaskan, usia kandungan istertinya sudah mencecah usia dua bulan dan berita tersebut diterima ketika sedang membantu seorang rakan baiknya yang jatuh sakit di Kelantan.

“Happy dapat rezeki anak, tapi… “Abang, anak kita dalam kandungan dah tak ada.”

“Aina surprise saya last week, katanya dah 2 bulan pregnant. Happy sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada 2 kantung.

“Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris & perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur & excited sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi…

“Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yg sakit semalam masuk dalam kereta & terus terima call dari Aina sebab dia pergi checkup.

“ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA.”

“Saya tak tau nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yg sama terima call macamtu, korang boleh rasa tak perasaan saya?,” tulisnya.

Hafiz pada masa sama turut mengakui perkara yang berlaku telah mengajarnya untuk terus bersyukur dan tidak menolak takdir yang telah ditentukan Illahi.

“Saya belajar something, nak tau apa? Disaat saya terima call tu, aina kata anak saya dah takde & mata Saya tgk sahabat saya tengah tak berdaya depan mata.

“Rasa syukur saya terus tinggi, saya taknak kecewa & tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk & saya belajar untuk redha.

“Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bg lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.

“Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris.

“Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy & mummy. Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu 2 bulan dalam kandungan.

“Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy & kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dgn rezeki halal sayang.

“Ini semua 1 cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi & sentiasa ikhlas dalam usaha. “Kejayaan Demi Kebahagiaan” selalu di hati kami.

“Siapa pun yg mengharapkan zuriat, kau kurniakanlah mereka semua & kurniakan kesihatan buat mereka yg sedang mengandung itu.

“Mummy, thank you jagakan anak kita dalam kandungan 2 bulan & terima kasih surprise daddy last week. Abang happy sayang sebab anak itu anak yg tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, satu rakaman video yang dimuat naik yang merakamkan dirinya yang sedang membantu seorang sahabat untuk menjalani rawatan di hospital akibat masalah kesihatan di baru-baru ini mendapat perhatian warga maya.

Foto: Instagram Hafiz Mahamad

Published by
MH