Ketika ini, proses pembikinan filem terbaharu, Projek: Kahar sedang giat dijalankan menerusi sesi uji bakat yang diadakan di platform media sosial dan beberapa lokasi terpilih.
Sesi ini diadakan untuk mencari barisan pelakon yang sesuai untuk membintangi beberapa watak di dalam naskah ini.
Antara yang turut tidak ketinggalan untuk mencuba nasib, termasuk pelakon remaja, Rykarl Iskandar.
Menurut Rykarl yang sebelum ini terkenal sebagai pelakon kanak-kanak, dia mahu mencabar diri dan keluar daripada zon selesa.
“Tujuan saya menyertai ujibakat terbuka untuk filem Projek: Kahar ini sebab saya nak mencabar diri saya untuk berlakon watak sebegini,” katanya.
Video sesi uji bakat itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Nenek Bongkok Tiga itu menerusi sebuah hantaran di Tik Tok.
Katanya lagi, sepanjang bergelar anak seni, dia belum pernah membawakan peranan sebagai pelakon aksi.
Ads
“Saya juga tidak pernah diberikan peluang untuk membawakan watak yang kasar, ganas dan ada babak pergaduhan.
“Jadi, dengan peluang yang ada ini, saya nak tunjuk sedikit sebanyak bakat saya sama ada saya layak atau tidak untuk membawakan watak ini,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang merasakan Rykarl kurang sesuai untuk terlibat di dalam filem ini kerana
sudah sinonim dengan watak kanak-kanak sebelum ini.
Ads
“Kau tetap Ajiboy bagi aku.
“Inilah cabaran kalau masa kanak-kanak sudah jadi pelakon.Aedy Ashraf dulu pun lamalah baru aku boleh terima yang dia dah dewasa. Kalau tidak aku tetap rasa dia Mawi.
“Tak takut dik. Orang masih terbayang Elly & Epit.
“Susah nak hadam. Masih teringat drama Strawberry & Karipap Di Paris,” antara komen-komen netizen.
Ads
Bagaimanapun, masih ada juga segelintir netizen yang menunjukkan tanda sokongan selain turut berharap agar rezeki memihak Rykarl.
“Di ruangan komen ini penuh dengan kata-kata negatif. Pada saya, awak lakukannya dengan baik. Semoga Ryqal dapat watak tersebut.
“Mantap, semoga terus berjaya.
“Awak buat dengan baik. Ambillah komen-komen yang lain untuk terus membina diri. Harini orang mungkin tak nampak kekuatan awak, esok lusa baru diorang tahu siapa awak,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Projek: Kahar merupakan filem ‘spin-off’ daripada drama yang sebelum ini telah me cetuskan fenomena iaitu Projek: High Council.
Filem inj akan membawa penonton untuk menyelami kisah Kahar yang dilakonkan oleh Amir Ahnaf sebelum bergelar ‘Kapla’ High Council.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Rykarl Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Erra Fazira yang lebih seminggu pulang ke tanah air bagi menyempurnakan ibadah haji buat kali pertama berkongsi pengalamannya saat berada di tanah suci.
Menyambut baik kepulangan dengan mendoakan agar apa yang dilakukan itu mendapat keredaan serta rahmatNya, hos Mingguan Wanita ini turut merakam rasa syukur kerana sepanjang ibadah, tiada sebarang situasi sulit yang melanda dirinya.
“Pengalaman yang paling indah, memang impian yang sudah terpendam lama. Jadi bila sepanjang berada di tanah suci tu, ia memang sesuatu yang menyentuh hati.
“Saya sudah lakukan yang terbaik, harapnya Dia menerima ibadah kita dan moga mendapat haji yang mabrur, insyaAllah.
“Sepanjang berada di sana, saya tidaklah mengalami apa-apa pengalaman yang pelik. Cuma bagi saya, rasanya Allah SWT permudahkan urusan tiada alami sakit dan sebagainya.
“Sebelum sampai tu, kita dikhabarkan dengan cuaca tempatan yang panas hingga mencecah 50 darjah celcious.
“Jadi saya sediakan belakan ubat, kipas dan sebagainya. Alhamdulillah, di Arafah ketika itu yang tidak pernah hujan selama 19 tahun, akhirnya hujan dan cuacanya pun baik. Kami ambil ia sebagai hujan rahmat.
“Semuanya baik dan lancar…Syukur,” katanya yang turut menghubungi anak tunggal, Engku Aleesya andai terbit rasa rindu.
Ditanya mengenai ‘panggilan’ baru bagi dirinya yang kini bergelar hajah, Erra mempunyai jawapan sendiri. Katanya dia tidak menolak selepas dinasihatkan seorang Ustaz.
“Pada awalnya sudah tentu rasa janggal apabila ada yang panggil sedemikian. Akan tetapi saya ada menerima nasihat daripada seorang ustaz yang menjaga kami di tanah suci.
Katanya jangan tolak atau pesan pada orang untuk ‘jangan panggil saya hajah, itu sesuatu yang tidak baik’.
“Jadi saya ‘telan’, bila orang kita hajah kita terima, alhamdulillah,” jelas Erra yang turut memohon doa agar dipermudahan urusan dunia dan akhirat.
Terdahulu, Erra ditemui pada majlis MALAYSIA’S MAKEUP ARTIST AWARDS 2019 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Bintang cantik tersebut diundang sebagai antara 10 barisan juri yang ditugaskan untuk mencari juru solek muda terbaik dalam kalangan 40 finalis bertanding.
Pelakon Azhar Sulaiman membariskan beberapa pendirian susulan isu sekiranya calon suami anak perempuannya selepas ini sudah berkahwin sekaligus hidup bermadu.
Bagi Azhar, ketentuan semuanya daripada Yang Maha Esa namun dia mengharapkan agar calon suami anak-anaknya itu berpelajaran selain mampu menjaga maruah mereka sebagai wanita.
“It seems ramai yang mengata my dotter (daughter) akan jadi bini nombir 2, 3 lar… Resmi Mami Senang.
“1-Terima sesiapa saja asalkan ada Degree dalam Pelajaran.
2-Pastikan hormat and jaga maruah my dotter and family kalau calon sudah berkahwin.
3-Manage your affairs properly and jangan sampai kecoh 1Malaysia
4-Akur Ajal Jodoh Ditangan Allah SWT,” kongsinya.
Azhar menjelaskan perkara itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naiknya di Instagram, hari ini.
Bagaimanapun, bintang filem Jimi Asmara ini mengakui anak perempuannya, termasuk Kasih Iris Leona yang kini sedang mengikuti pengajian di United Kingdom (UK) lebih berminat kepada lelaki berbangsa Cina.
“My daughters suka Chinese boys… i guess diaoranglah yang penat nak bimbing kalau terjadi kahwin nanti… hahaha,” jelasnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang turut memberikan reaksi tersendiri selain mendoakan semoga jodoh anak-anaknya nanti terdiri daripada mereka yang baik keperibadiannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.