Ketika ini, proses pembikinan filem terbaharu, Projek: Kahar sedang giat dijalankan menerusi sesi uji bakat yang diadakan di platform media sosial dan beberapa lokasi terpilih.
Sesi ini diadakan untuk mencari barisan pelakon yang sesuai untuk membintangi beberapa watak di dalam naskah ini.
Antara yang turut tidak ketinggalan untuk mencuba nasib, termasuk pelakon remaja, Rykarl Iskandar.
Menurut Rykarl yang sebelum ini terkenal sebagai pelakon kanak-kanak, dia mahu mencabar diri dan keluar daripada zon selesa.
@rykarl_official first time cuba watak macam ni… saya mencuba je 🤣 #akuprojekkahar @astroshawofficial ♬ original sound – rykarl_official
“Tujuan saya menyertai ujibakat terbuka untuk filem Projek: Kahar ini sebab saya nak mencabar diri saya untuk berlakon watak sebegini,” katanya.
Video sesi uji bakat itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Nenek Bongkok Tiga itu menerusi sebuah hantaran di Tik Tok.
Katanya lagi, sepanjang bergelar anak seni, dia belum pernah membawakan peranan sebagai pelakon aksi.
“Saya juga tidak pernah diberikan peluang untuk membawakan watak yang kasar, ganas dan ada babak pergaduhan.
“Jadi, dengan peluang yang ada ini, saya nak tunjuk sedikit sebanyak bakat saya sama ada saya layak atau tidak untuk membawakan watak ini,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang merasakan Rykarl kurang sesuai untuk terlibat di dalam filem ini kerana
sudah sinonim dengan watak kanak-kanak sebelum ini.
“Kau tetap Ajiboy bagi aku.
“Inilah cabaran kalau masa kanak-kanak sudah jadi pelakon.Aedy Ashraf dulu pun lamalah baru aku boleh terima yang dia dah dewasa. Kalau tidak aku tetap rasa dia Mawi.
“Tak takut dik. Orang masih terbayang Elly & Epit.
“Susah nak hadam. Masih teringat drama Strawberry & Karipap Di Paris,” antara komen-komen netizen.
Bagaimanapun, masih ada juga segelintir netizen yang menunjukkan tanda sokongan selain turut berharap agar rezeki memihak Rykarl.
“Di ruangan komen ini penuh dengan kata-kata negatif. Pada saya, awak lakukannya dengan baik. Semoga Ryqal dapat watak tersebut.
“Mantap, semoga terus berjaya.
“Awak buat dengan baik. Ambillah komen-komen yang lain untuk terus membina diri. Harini orang mungkin tak nampak kekuatan awak, esok lusa baru diorang tahu siapa awak,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Projek: Kahar merupakan filem ‘spin-off’ daripada drama yang sebelum ini telah me cetuskan fenomena iaitu Projek: High Council.
Filem inj akan membawa penonton untuk menyelami kisah Kahar yang dilakonkan oleh Amir Ahnaf sebelum bergelar ‘Kapla’ High Council.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Rykarl Ibrahim