Pelakon Syatilla Melvin berkongsi pengalaman hidupnya sewaktu kecil yang memaparkan asam garam hidup dalam meniti kehidupan.
Menerusi sedutan video yang dimuat naik, terlihat sisi naif seorang kanak-kanak yang cuba mengambil sesuatu yang bukan hak di samping membantu ibunya menjual kuih.
“Ini kisah kami..kisah masa kecik2 dulu, hidup tak la mewah dan senang mcm yg lain2.
“Tapi yelaa budak2 kan,xboleh nk pikiaq panjang.tak tau kesan kalau buat satu2 benda yg tak elok.
Ads
“Alhamdulillah kami masih ada ibu ayah utk kami tebus semua salah kami,takkan terbayar dgn duit dan harta tpi cukuplaa buat depa hidup dlm keadaan selesa n cukup.
“Utk full video hampa tggu 23hb okk dan jgn lupa subcribe THE MELVINS kat youtube jugak,” tulisnya.
Beregu badminton wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah berjaya melangkah ke peringkat akhir Terbuka Artik 2024 apabila mengalahkan wakil Jepun, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi.
Pearly-Thinaah pamer aksi bertenaga menewaskan beregu no. 6 dunia itu dengan kutipan mata 21-19, 19-21, 26-24 dalam saingan selama 1 jam 42 minit.
Kini berada di ranking ketujuh dunia, Pearly-Thinaah bakal berdepan dengan beregu no.2 dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ming malam ini dalam penentuan kejuaraan.
Imbas kembali, Pearly-Thinaah sebelum ini berjaya bergelar juara Terbuka Hong Kong dan naib juara Terbuka Korea.
Terdahulu, pemain beregu lelaki negara turut berjaya mara keperingkat akhir Terbuka Artik 2024.
Goh Sze Fei danNur Izzuddin Rumsani mempamerkan aksi cemerlang umenewaskan beregu lelaki No. 1 dunia dari, China Liang Weikeng-Wang Chang di peringkat separuh akhir.
Malam tadi berakhir sudah drama Nur 2 yang pastinya menjadi ingatan segar kepada setiap individu.
Malah, watak Ustaz Hamadi yang paling dibenci ramai hasil lakonan hebat Azhan Rani berakhir dengan kematian.
“Alhamdulillah berakhir sudah..
“Sejak drama #nur sampai tamatnya episod 15 #nur2 malam ni soalan yang selalu aku dapat setiap hari.. bila #syedhamadi nak bertaubat? berulang2 warga penonton #nur tanya..
“Hari ni dengan hati terbuka aku serahkan semula soalan tu pada korang dan aku sendiri.. BILA PULAK KITA NI NAK BERTAUBAT? #syedhamadi dah pun berjumpa pengakhirannya.. sempat juga dia dibisikkan soalan ini juga di telinganya sebelum pergi..
“Apakah nasib kita seburuk dia, atau lebih malang kita tak berpeluang langsung mendengar pun bisikkan taubat..
“Ini masa untuk bertanya diri sendiri setelah kita terlalu leka bertanyakan nasib orang lain.. #nur2 hanya rekaan.. #syedhamadi watak ciptaan namun hakikatnya suratan atau kebetulan mampukah kita menafikannya sebagai suatu kenyataan!!!,” tulisnya.
Sering dihujani soalan mengenai watak Ustaz Hamadi sebagai penunggang agama, namun kalai ini, Azhan sendiri mahukan pendapat dan jawapan penonton.
Pada masa sama, peminat turut mengagumi bakat lakonan yang ada pada Azhan yang telah meraih kategori Pelakon Antagonis Pilihan dalam Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini.
Foto : Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mira Filzah akui teruja apabila lakonannya di dalam drama, Curang Tanpa Niat telah berjaya mencipta impak dan mendapat pelbagai pujian daripada penonton.
Menurut Mira, ramai yang mengatakan watak Elina ini sangat dekat dengan para wanita dan berbeza dengan watak-watak isteri yang dicurangi di dalam naskhah-naskah yang lain.
“Watak Elina ini nampak nyata kerana ia sangat dekat dan berkait rapat dengan peranan wanita yang bergelar suri rumah. Mungkin di luar sana ada yang mengalami nasib sama seperti Elina.
“Kalau kita lihat drama-drama lain, kebanyakkan mereka merupakan wanita bekerjaya. Bila saya mainkan watak suri rumah ini, ramai yang terasa dekat,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, ibu kepada seroang cahaya mata ini turut mendedahkan dia menerima pelbagai reaksi daripada penontan yang mengatakan mereka turut menerima nasib yang sama seperitu Elina di dunia nyata.
“Menerusi video yang dimuat naik oleh peminat di Tik Tok, saya terima banyak komen yang mengatakan mereka menerima nasib yang sama.
“Ada juga yang memberikan komen dari pandangan seorang anak. Katanya, ibu mereka juga lalui perkara sama. Hal itu membuatkan mereka terkesan. Banyak juga kisah-kisah benar yang saya terima.
“Saya juga ada membalas beberapa DM di media sosial. Kebanyakkan mereka meluahkan rasa geram dengan watak saya yang terlalu baik,” ujarnya.
Ditanya mengenai babak viral dimana Mira telah dilempang oleh aktor, Shukry Yahaya, Mira memaklumkan ia hanyalah teknik lakonan yang telah dijayakan dengan baik.
“Itu memang makanan Syukry. Babak tersebut berjalan lancar dan tak perlukan ‘take’ yang banyak. Itu semua adalah teknik lakonan. Tak kena langsung pun,” katanya lagi.
Mira Tak Terbawa-Bawa Emosi Ke Rumah
Dalam pada itu, Mira turut memaklumkan dirinya enggan terbawa-bawa dengan emosi ketika pulang ke rumah kerana bimbang akan memberika kesan terhadap anaknya, Wan Khair Amir.
“Alhamdulillah saya tak pernah terbawa-bawa dengan watak. Bila habis sahaja shooting, dalam perjalanan pulang ke rumah, saya sudah menjadi diri sendiri.
“Saya ada anak yang berusia tiga tahun dan saya tak boleh terbawa-bawa watak. Saya risau hal ini akan memberikan kesan kepadanya.
“Sepanjang 40 hari penggambaran, saya tiada masalah untuk keluar dari watak,” akhirinya.
Terdahulu, drama Curang Tanpa Niat kini masih ditayangkan disaluran Astro Ria dan platform penstriman, Astro Go dan sooka.
Selain Mira dan Syukry, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Sharifah Sakinah, Fadhlan Hazim, Evertt Gomez, Kazar Saisi dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Syarikat rakaman Suria Records (SRC) mendedahkan pihaknya masih memiliki kira-kira 11 lagu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang belum pernah dilancarkan.
Lagu-lagu tersebut...