Pelakon Syatilla Melvin berkongsi pengalaman hidupnya sewaktu kecil yang memaparkan asam garam hidup dalam meniti kehidupan.

Menerusi sedutan video yang dimuat naik, terlihat sisi naif seorang kanak-kanak yang cuba mengambil sesuatu yang bukan hak di samping membantu ibunya menjual kuih.

“Ini kisah kami..kisah masa kecik2 dulu, hidup tak la mewah dan senang mcm yg lain2.

“Tapi yelaa budak2 kan,xboleh nk pikiaq panjang.tak tau kesan kalau buat satu2 benda yg tak elok.

IKLAN

“Alhamdulillah kami masih ada ibu ayah utk kami tebus semua salah kami,takkan terbayar dgn duit dan harta tpi cukuplaa buat depa hidup dlm keadaan selesa n cukup.

“Utk full video hampa tggu 23hb okk dan jgn lupa subcribe THE MELVINS kat youtube jugak,” tulisnya.

IKLAN

Kadang kala kesusahan dan kepayahan hidup yang menjadi pemangkin semangat untuk kita menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Apa yang terlihat sukar, itu sebenarnya pengalaman paling manis dalam hidup.

IKLAN

Lalu di ruangan peminat masing-masing memberikan pelbagai respon.

“Tak Tau Kesan Kalau…,” – Jual Kuih & ‘Panjang Tangan’, Syatilla Melvin Kongsi Memori Zaman Kecil…Boleh Tahan! “Tak Tau Kesan Kalau…,” – Jual Kuih & ‘Panjang Tangan’, Syatilla Melvin Kongsi Memori Zaman Kecil…Boleh Tahan!

Foto : Instagram Syatilla Melvin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI