Menerusi laman Instagram Norman Hakim, dimaklumkan Abby Abadi ditahan di dalam wad akibat keracunan makanan dan demam panas.
Pada masa sama, Memey juga dikatakan mengalami keracunan namun dibenarkan pulang.
“Syafakillah to both of them mummy @memeysuhaiza mama @abby_abadi112 .Tak tau la dua2 merayap mana,salah makan kena food poisoning,dua2 muntah + cir bir serentak.Cuma mamanya kena admitted sbb high fever,mummy tak admit tp kena jaga2 jugak,”
tulisnya.Norman memohon agar netizen dapat mendoakan kedua-duanya cepat sembuh.
“Mohon doakan dua2 mama & mummy kpd anak2 kitaorang ni diberi kesembuhan ye.Payah wooo takde diorang ni nak urus kerja,nak urus anak bagai…patah segala kaki,tangan,sayap semua…phewhhh,” tambahnya lagi.
Menasihati netizen turut sama menjaga kesihatan kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.
“My sincere advice kpd sahabat2 diluar sana,jaga kesihatan elok2 ye..cuaca skrg pun tak menentu,makan pun tgk tahap kebersihan tempat yg kita nak makan tu,paling penting sentiasa berdoa mohon perlindungan dari Allah s.w.t ye,” kata pelakon Gerak Khas ini.
Walaupun sedang dalam kesakitan, Abby sempat bergurau mengatakan segala-galanya dilakukan bersama-sama Memey sehingga sakit pun ‘berkembar’.
“Alhamdullillah Memey pun sihat dah. Samalah dgn kita. Sikit lagii tinggal saki baki je ni hihi.
“Doakan esok kita keluar k. Sbb 13hb kita ada kerja sesama kan hehe.. jumpa nnti.
“(Recap)Ps: Shopping bersama, makan bersama, marilah kita duduk hospital bersama2 juga,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Foto – Instagram Norman Hakim & Abby Abadi