Penyanyi, Adi Priyo baru sahaja melancarkan single projek istimewanya, Aku Cinta Mati.
Bagaimanapun, Adi pada masa sama masih lagi kekal sebagai vokalis kumpulan Sixth Sense, meski dia kini sedang mencipta nama secara sendirian.
Penyanyi asal Indonesia ketika ditemui selepas majlis pelancaran album terbarunya berjudul Aku Cinta Mati di Red Box, The Garden Mall baru-baru ini berkata, dia tidak akan sesekali keluar dari kumpulan berkenaan.
“Kumpulan kami dah lama, sudah 13 tahun. Jadi saya tak terfikir nak keluar atau nak bubar dari kumpulan itu. Saya sayang dengan Sixth Sense,” kata Adi kepada MH.
Ditanya mengenai pendirian ahli anggota lainnya apabila dia muncul menerusi single sendiri, ini jawab Adi;
“Mereka (ahli kumpulan Sixth Sense) tak kisah kalau saya bergerak solo, janji selagi Sixth Sense ada persembahan, kami akan bergerak sekali dan di atas satu pentas,” tambahnya lagi.
Adi, 36, turut menambah, kumpulan itu sudah mencipta banyak lagu seperti Tak Bisa Memilihmu, Tanpa, Khatimah Cinta dan banyak lagi.
“Sixth Sense sudah jadi sebahagian keluarga saya, jadi saya tak akan sesekali keluar dari kumpulan itu meski dikenali sebagai Adi Priyo Sambodo dan bukannya Adi Sixth Sense,” jelasnya.
“Kami ada banyak kenangan manis dan pahit bersama. Banyak juga lagu kami yang trending satu ketika dulu.
“Tak akan sesekali keluar dari band itu sampai bila-bila pun,” ujar Adi.
Sementara itu, Muzik video Aku Cinta mati boleh ditonton di semua platform digital muzik bermula hari ini.
https://www.youtube.com/watch?v=_1Si0gRq5k4
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI