Misha Omar yang baru sahaja sukses menerusi konsert solonya, This Is Misha Live at DFP minggu lalu ada menitipkan ucapan istimewa buat maestro muzik, Datuk Ramli MS yang turut sama mengetuai muzik persembahannya pada malam itu.
Mendapat reviu positif menerusi konsert yang mengenang jatuh bangunnya selama 17 tahun dalam seni, Misha tidak menafikan Ramli MS sebagai antara individu yang banyak mengajar sekali gus membentuk dirinya agar menjadi penyanyi yang lebih baik.
“My godfather in this industry, My Cikgu, He is the one yg byk mengajar, yang banyak membentuk nyanyian kak mitch menjadi lebih baik, yang mengajar kak mitch, nyanyian harus ada suntikan jiwa yg jujur baru mampu menyentuh jiwa-jiwa yang lain.
“Tak tergambar kata-kata betapa besarnya jasa dia buat saya, sampai dia pun tak paham apa yg dia beri pada saya. Orang yg ikhlas memang mcmtu, dia cuma tahu memberi dan akan terus memberi dgn ikhlas tanpa mengharapkan balasan apa-apa,” tulisnya.
Malah, figura ini turut memasang azam untuk terus belajar selagi punya kesempatan.
“Cikgu yang pemurah dgn ilmu dan selalu bagi saya makan. Terima kasih,Cikgu. Mek akan terus belajar dan terus belajar. Mek tahu, Mek bukan yang terbaik malah tak pernah berkecil hati bila ada yang kata Mek tak cukup bagus.
“Ruang dan kesempatan yang ada , Mek akan belajar lagi ya? Mek sayang Cikgu, ikhlas lillaahi taala. Mek Samihah Omar. This is Misha, Live at DFP, 5 Ogos 2019,” coret Misha jujur buat suami kepada penyanyi, Alyah itu.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang masih tergambar mengenai persembahannya tempoh hari selain turut terinspirasi dengan ucapan yang diberikan Misha buat Ramli.
Terdahulu, Misha turut terharu apabila tiket This Is Misha Live at DFP habis terjual selepas 18 jam dipromosi.
Foto: Instagram Misha Omar, Ramli MS