“Tak Tidur Daripada 2 Pagi, Moga Allah Kuatkan Mummy Juga,” – Paru-Paru Dijangkiti Kuman, Anak Rebecca Nur Islam Masuk Hospital

Share

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam memaklumkan anak lelakinya Nor Ahmet Al Reaggan kini sedang dirawatan di hospital selepas doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman di bahagian paru-parunya.

Menurut Rebecca, sejak daripada semalam, dia tidak dapat melelapkan matanya bila mengenangkan mengenai keadaan anaknya itu.

“Assalammualaikum doakan anak mummy Baby @ahmetreaggan di hospital sekarang. Ada jangkitan di paru-paru sebelah kiri. Ohhhhh my jantung, Allah bersamamu anakku.

“Mummy tak tido dari 2 pagi. Semoga Allah SWT kuatkan mummy juga. Lepasni kena lari skejap ada big meeting melibatkan ramai orang sebab dah janji. InsyaAllah jika diizinkan Mummy sampai,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada lapan orang cahaya mata itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Rebecca turut merakamkan ucapan penghargaannya buat seluruh petugas hospital yang telah menjagavdan merawat anaknya itu dengan baik.

“Baby @ahmetreaggan InsyaAllah strong dan akan dijaga sekejap dengan papa.
Apa-apa pun thank you Dato DR Vernon and all nurses. The best pakar kanak-kanak di Malaysia,” kongsinya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga anaknya itu kembali sembuh seperti sedia kala.

“Allahuakbar, semoga baby Ahmed cepat sembuh.

“Semoga terus kuat mummy. Semoga anak diberikan kesembuhan.

“Semoga lekas sembuh. Tengah musim ni Datin. Anak-anak saya baru baik minggu lepas.

“Semoga Allah mengurniakan kesembuhan sepenuhnya untuk sihat, selamat dan sentiasa dalam rahmat Allah.

“Anak saya baru keluar hospital. Kes yang sama. Tengah musim kak. Semoga terus kuat yaaa,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Rebecca Al Islam

Published by
Aizam Manaf