Pelakon, Azhan Rani menyifatkan aktres, Sharifah Sakinah merupakan seorang pelakon yang sangat berwibawa dan sentiasa menjaga tahap profesionalisme saat bekerja.
Menurut Azhan, meskipun orang lain mempunyai tanggapan berbeza, namun dia tetap merasakan Sakinah merupakan antara rakan pelakon terbaik yang pernah digandingkan bersama.
“Cakap la apapun pasal dia. Ini heroin drama paling senang aku kerja. Bagilah call time pukul berapa pun, dia on time akan ada dekat set.
“Tiadalah la semak dalam grup whatsapp bagitau ‘Maaf lambat sikit hari ni, jalan jammed, nak ke sini ke sana dulu bla.. bla.. bla’ (dekat set buat perangai moody).
Minta dilayan itu ini.
“Tak toxic huru harakan mood orang lain dalam team kerja. Datang balik set pun naik van runner je,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh Azhan menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Isnin.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur turut memuji kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Sakinah terutama sekali ‘method’ yang digunakan untuk menghidupkan watak.
“Bab berlakon pula aku salute kali ni dia lain. Hari pertama jumpa dekat set, aku boleh tak kenal dia. Dia datang sahaja sudah dalam character.
“Dengan rambut selekeh, tiada make up cantik, baju lusuh ikut watak yang dia bawa.
Dia bukan lagi hantu kelakar yang biasa kita tengok dalam cerita-cerita lakonan dia sebelum ni.
“Ini character perempuan lara yang tak boleh bercakap, hari-hari kena perah air mata, berlari redah semak samun, jatuh parit, lumpur, dilambung, dibaling dan diseret,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, meskipun watak ini sangat berat serta menguji mental dan fizikal, Azhan akui kagum dengan Sakinah yang dikatakan tidak pernah mengeluh dan sentiasa ingin memudahkan urusan orang lain.
“Tapi aku sekali pun tak pernah dengar dia merungut walau badan, kaki, tangan dah bercalar balar. Apa lagi mempertikaikan kerja director. Dia buat je tanpa banyak songeh dan paling penting dia perform.
“Senang gila nak kerja dengan dia. Aku jarang nak puji orang tapi dia ni buat aku respect sungguh cara dia bekerja. Seberat mana pun watak dia bawa ni, dia mudahkan kerja orang lain,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Azhan turut berharap agar pada pelakon lain dapat mencontohi sikap dan cara kerja Sakinah meskipun sudah mampunyai nama yang besar.
“Tak payah feeling-feeling diva walaupun heroin. Kalau la aku boleh jumpa ramai lagi pelakon macam ni…perghhh. Harap drama WOK ini akan baik hasilnya nanti,” akhirinya.
Terdahulu, Azhan dan Sakinah bakal bergandingan menerusi sebuah projek drama yang berjudul ‘Wok’ arahan pengarah Eyra Rahman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredir Foto: Instagram Azhan Rani & Sharifah Sakinah