Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad berkongsi khabar duka apabila memaklumkan isterinya telah mengalami keguguran selepas hamil lebih tujuh minggu.

Menurut Nubhan, dia reda dengan ujian tersebut meskipun sudah dua kali isterinya itu mengalami keguguran.

Khabar duka itu dikonsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.

“Takda rezeki anak ke-3. Gugur buat kali yang kedua. Usia kandungan 7 minggu. So kena berpantang yang ringan-ringan sahaja,” tulisnya.

Ads

Video berdurasi hampir tiga minit itu memaparkan perjalanan Nubhan dan isterinya sepanjang melalui proses kehamilan.

Lantaran itu, Nubhan turut mendedahkan isterinya itu bakal melalui proses berpantang selepas ini.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berduka cita mendengar kisah tersebut selain turut berharap agar Nubhan dan isterinya diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar itu.

“Takda Rezeki Anak Ke-3,” – Isteri Nubhan Keguguran Selepas Hamil 7 Minggu “Takda Rezeki Anak Ke-3,” – Isteri Nubhan Keguguran Selepas Hamil 7 Minggu “Takda Rezeki Anak Ke-3,” – Isteri Nubhan Keguguran Selepas Hamil 7 Minggu

Ads

Terdahulu, Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Tawfek telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.

Dalam perkembangan lain, Nubhan baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Sekali Lagi hasil kolaborasi bersama penyanyi, Siti Nordiana.

Sumber: Instagram Nubhan Ahamad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI