HomeBerita“Takde Cerita Sedih Nak Kongsi Dengan Korang…,”- Harap Dipertemukan Semula Di Syurga,...
“Takde Cerita Sedih Nak Kongsi Dengan Korang…,”- Harap Dipertemukan Semula Di Syurga, Aril Pilus Titip Ucapan Hari Lahir Ke-41 Buat Arwah Abang, Izwan Pilus
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus ada menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran abangnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Allahyarham Izwan Pilus.
Menurut Aril, sekiranya abangnya itu masih hidup, dia kini telah pun menjangkau usia 41 tahun.
Penyanyi lagu Menatap Matamu itu turut mendoakan semoga abangnya itu sentiasa dibawah lindungan Allah SWT selain turut berharap agar mereka dapat dipertemukan semula di akhirat kelak.
“Selamat ulang tahun yang ke 41 tahun Abang Wan Kutek! Tua dah kau yeh! Aku doakan semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.
“Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan moga Allah swt satukan semula keluarga kita di syurga Allah swt suatu hari nanti, amin. aku sentiasa doakan kau tenang,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program CCTV itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Aril turut mendedahkan dia tidak mahu terlalu bersedih kerana hari kelahiran ibu serta anak lelakinya turut jatuh pada hari yang sama.
Sementara itu, Aril turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa buat arwah abangnya itu.
Ads
“Takde cerita sedih nak cerita dengan korang semua kali ni sebab harini jugak hari lahir mak saya @hajahnormahabd dan anak saya #TunAdrielMikael.
“So today nak happy-happy je nak share gambar koleksi arwah #IzwanPilus yang ada dalam library. Ni gambar 2006, Photoshoot untuk cover album ‘Erti Kasih’.
“Hah tu je lah! Kang aku tulis panjang, menangis lak nanti so! Thanks like and comment, kite sedekah Al-Fatihah sama-sama ye. terima kasih semua.
Ads
“Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu selain turut mendoakan semoga arwah Izwan ditempatkan dikalangan orang beriman.
Terdahulu, Izwan yang popular menerusi lagu Kembali Senyum telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.
Sumber: Instagram Aril Pilus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak terkenal, Abam Bocey menyifatkan pertemuannya bersama seorang pengguna media sosial yang mempertikaikan zuriat yang baru ditimangnya sudah pun selesai.
Malah, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga mengakui mereka sudah pun selesaikan masalah cara baik dan turut berharap netizen tidak lagi berbalah mengenai isu tersebut.
“Alhamdulillah, semuanya selesai dan kami sudah berbaik. Harap semua orang jangan marah-marah lagi,” katanya.
Memetik laporan Harian Metro lagi, Abam menjelaskan, pertemuannya dengan lelaki yang menulis komen berbaur penghinaan menerusi di Facebook, Jumaat lalu itu individu tersebut berusia dalam lingkungan 50-an hadir ke rumahnya bersama isteri.
Malah, dua anaknya turut sama menemani bapa mereka dari Kuala Berang, Terengganu, semalam.
“Untuk saya, sudah selesai. Orang datang cara baik ke rumah, kita sambutlah dengan baik juga. Alhamdulillah, syukur. Dia sanggup datang dari Kuala Berang untuk berjumpa saya.
“Saya doakan pakcik itu selamat kembali ke Terengganu. Di antara kami, sudah tak ada apa-apa lagi,” jelas Abam.
Sejak isu komen penghinaan ke atas Abam itu hangat diperkatakan sejak Jumaat, usaha telah dilakukan bagi menjejaki individu terbabit dan mahu berjumpa dengan pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Lau Kok Chan’ secara empat mata.
Foto: Instagram Abam/Syed Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nampaknya makin meriahlah industri hiburan dengan anak-anak selebriti yang comel.
Mislanya Anzalna Nasir yang sudah pun mengandung empat bulan telah berkongsi video sewaktu sedang melakukan sesi fotografi.
Perkongsian tersebut dibuat finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini menerusi Instagram.
“Hello aunties and uncles! Semalam first time join mommy photo shoot.
“Mommy konon nak hide perut tapi client cakap kalau mommy tunjuk perut lagi diorang suka! Alhamdulillah. Alamak… anak i dah pandai mengadu! Hahahahahhahahha…
“Ramai sangat yang minta share macam mana Anzalna boleh pregnant. InsyaAllah i will share with you guys.
“Tapi kena ingat, jadinya dengan izin Allah. Apa yang penting kerjasama! ? Hahahahhahahahahaha Stay tuned. I will share on my youtube channel and dont forget to subscribe,” tulisnya.
Sebagai ibu, penyanyi dan usahawan Lufya Omar sentiasa mahu melihat anak tunggalnya, Laana Haura tersenyum gembira dan ceria selalu.
Meski penat mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, Lufya tetap berasa gembira kerana dapat mengembirakan permata hatinya itu.
“Fundayyy!!!! Tengok anak happy kita pun happy. Penat buat keje rumah, penat berniaga, penat jaga anak hilang bila tengok anak senyum & happy,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap pandemik Covid-19 ini segera berakhir agar orang ramai dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Malah, Lufya juga menasihati kepada orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Bilalah kita nak kembali pada kehidupan yang normal? Sama-sama kita jaga sop dengan ketat dan duduk rumah #throwback #throwback🔙 #lockdown2021
#sop #jagadiri #stayhome #covid_19 #goaway,” tulisnya sambil memuat naik foto mereka berdua.
Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laan Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut bercerai pada 17 Jun tahun lalu.
Foto: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!