Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang disambut dan model, Ahya Rosli juga tidak ketinggalan untuk menukilkan sesuatu buat ibu tercinta, pelakon senior, Normah Damanhuri.
Perkongsian tersebut dibuat bintang tinggi lampai ini menerusi Instagram.
View this post on InstagramAward to the best Mom ? takde mak lain yang bleh challenge ? @normahdamanhuri
A post shared by ahya rosli ? (@ahyarosl) on
“Award to the best Mom ? takde mak lain yang bleh challenge @normahdamanhuri,” tulisnya ringkas.
Lalu, menerusi ruangan komen, kakaknya yang juga seorang usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM juga dilihat turut memberikan komen terhadap entri yang dikemas kini adiknya itu.
Terdahulu, nama Normah turut terpalit dengan kontroversi penari seksi yang membuat kemunculan di majlis resepsi anak lelakinya itu, bulan lalu.
Normah bagaimanapun mewakili keluarga telahpun melakukan permohonan maaf atas khilaf yang berlaku secara terbuka di Instagram miliknya.
Sementara itu, Ahya mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Shahirah Sanusi pada akhir Mac. Shahirah merupakan seorang usahawan.
View this post on InstagramThanks Allah #ahyashahirahwedding @rizmanruzaini
A post shared by ahya rosli ? (@ahyarosl) on
Foto: Instagram Ahya Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sering Kongsi Ilmu Di Live TikTok, Permergian Suhaimi Saad Buat Azza Elite Sebak Walau Tak Kenal
Pelakon dan penyanyi, Azza Elite akui terkesan dengan pemergian bekas anggota kumpulan nasyid, Inteam, Suhaimi Saad yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Rabu.
Menurut Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari, dia sering mengikuti sesi siaran langsung Suhaimi di aplikasi Tik Tok yang sarat dengan perkongsian ilmu.
“Al-Fatihah, Suhaimi Saad. Rajin juga tengok sesi live arwah di Tik Tok. Selalu berpesan pesan . Lucu-lucu arwah tapi bermesej. Semoga dia selalu dilimpahi rahmat dan kurniakannya syurga Firdaus,” tulisnya di Instagram.
Malah, Azza turut memuji cara Suhaimi
menunjukkan kasih sayangnya terhadap isteri, Ina Naim yang dapat dilihat ketika sesi siaran langsung.
“Allah pasti akan permudahkan urusan buat Ina dan anak-anak. Suka tengok live sebab Suhaimi suka ngusik Ina. Setia dia dekat Ina. Sayang betul dia dekat isteri dia,” kongsinya lagi.
Walaupun tidak mengenali Suhaimi secara rapat namun, Azza menyifatkan pemergian Suhaimi ini amat menyentuh hatinya.
“Bab-bab macam ini memang tak boleh la. nangis la pula. Asal Suhaimi meninggal ni saya sebak. Bukan kita kenal pun.
“Pernah jumpa sekali ja tapi macam tersentuh pula bila Suhaimi tiada. Kematian yang hidup untuk Suhaimi. MasyaAllah,” akhirinya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan perasaan yang sama selain turut mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
“Bab Allah memang sangat dijaga. Insan terpilih. Allahuakbar.
“Hidupnya penuh kebaikkan.
“Kematian yang dicemburui. Pengakhiran itu lebih utama.
“Saya juga selalu tengok Tik Tok live dia. Memang dia selalu nasihat untuk melakukan kebaikkan.
“Selalu nampak ikhlas ketika live Tik Tok. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang beriman.
Semalam, Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Suhaimi dimasukkan ke HSI dan ditidurkan sejak Jumaat lalu berikutan keadaan kesihatan merosot selepas batuk teruk sejak Ogos lalu dan mengalami cirit birit.
Memetik laporan BH Online, Suhaimi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi Johor jam 9 pagi tadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azza Elite & BH Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerja Sampai Balik Lewat Malam, Fazura Syukur Anak Memahami; “Soon Nak Bawa Fatima Pergi Jalan-Jalan.”
Tuntutan kerja sebagai seorang anak seni kadang kalanya tidak menentu dan ada yang perlu sampai bersengkang mata sehingga ke awal pagi.
Hal ini turut dilalui pelakon Nur Fazura yang baru-baru ini berkongsi cerita dia baharu menghabiskan shooting pada jam 2.30 pagi bersama-sama suami, Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, turut bersyukur dikurniakan anak yang sangat memahami kesibukan kerja kedua-dua ibu dan bapanya.
“Kisah semalam.. lama tak shoot bersama, 2.30 pagi baru wrapped. Balik rumah.. anak dah tidur.
“Tapi Alhamdulillah, she is such an understanding daughter.. faham mommy dan daddy ‘work work’,” tulis Fazura di ruangan kapsyen menerusi muat naik gambarnya mesra berpegangan tangan dengan Fattah.
Fazura juga sudah merancang untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti selepas menyelesaikan segala tuntutan kerjanya terlebih dahulu.
“Soon nak bawa Fatima pergi jalan-jalan. Dia siap tanya pagi tadi, ‘nanti nak pergi mana mommy? Nyamma (Fatima) nak jumpa animals dan nak lollipop,” coret Fazura lagi.
Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah, 33, pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tahu Leceh Tapi Dia Yang Minta…,” – Johan Dihani Tarik Permohonan Maaf, Shuib Sedia Luang Masa Proses Mahkamah
Pelawak dan penyampai radio, Shuib tetap mahu meneruskan saman terhadap pengguna akaun Facebook @Johndihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi selepas memuat naik posting berbaur fitnah terhadap dirinya sebelum ini.
Menurut pemilik nama lengkap Shahmira Muhammad ini, saman tersebut dibuat selepas Johan Dihani dikatakan telah memadam permohonan maaf yang telah dimuat naik di Instagram.
Malah, Johan Dihani juga dikatakan telah menghantar surat peguam untuk menafikan segala dakwaan Shuib keatas dirinya.
“Pada tanggal 4 Julai, dia buat permohonan maaf di Instagram Stories. Kemudian, pada 10 Julai, peguam saya menerima surat daripada pihak peguam Johan Dihani menyatakan yang anak guamnya tak setuju dan menafikan apa yang telah dia keluarkan sebelum ini.
“Pada saya, situasi ini pun sudah berbelit-belit. Mula-mula dia minta maaf. Lepas dapat surat, dia menafikan,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyampai radio, Suria FM ini turut menegaskan dirinya sudah bersedia untuk menjalani proses mahkamah yang panjang demi menegakkan keadilan buat dirinya.
“Semasa saya buat sidang media sebelum ini, saya sudah pernah menyatakan yang saya sudah bersedia untuk meluangkan masa untuk dia.
“Saya tahu hal ini akan menjadi leceh untuk turun naik mahkamah tapi untuk dia, saya ada masa.
“Mungkin dia yang minta hal ini berlaku. Peguam pun dah bagitahu saya yang hal ini akan jadi panjang. Saya okay,” kongsinya lagi.
Shuib berkata sedemikian ketika ditemui di sidang akhbar isu saman netizen yang difailkan Shuib di BubbleBee, Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur pada Khamis.
Tambah Shuib lagi, saman ini juga dibuat bertujuan untuk melawan budaya fitnah yang bertentangan dengan norma di Malaysia.
Sementara itu, peguam yang mewakili Shuib, Syed Afiq Syed AlBakri dari Tetuan Zharif Nizamuddin memaklumkan surat tuntutan saman telah pun difailkan dan akan diserahkan kepada peguam Johan Dihani.
“Kami telah memfailkan satu writ saman dan telah difailkan semalam. Pada hari ini, kami telah menerima abstrak daripada mahkamah dan kami akan buat serahan kepada wakil defenden,” katanya.
Terdahulu Shuib mengambil tindakan terhadap dua pengguna media sosial selepas menuduh dia merupakan anggota sebuah organisasi Freemason selain seperti sengaja membiarkan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin ditidurkan sekaligus meninggal dunia kerana jangkitan COVID 19 dua tahun lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI