Penyanyi Aina Abdul yang telah diumumkan sebagai juara program The Masked Singer Malaysia menzahirkan rasa syukur atas kemenangannya menerusi pertandingan nyanyian yang berkonsepkan  misteri itu.

Bunga Raya yang dikenakan oleh penyanyi Semalam itu berjaya mencuri hati juri selepas membuat persembahan memukau menerusi lagu Listen yang dipopularkan oleh Beyonce dan Malam Ini Kita Punya (Bunkface).

Aina membawa pulang trofi dan gelaran seperti mana mengikut format asal negara-negara lain.

Menerusi Instagram, Aina turut mengakui bukan satu hal yang mudah untuk ‘menutup mulut’ dari berkongsi cerita mengenai penyertaannya dalam The Masked Singer Malaysia ini.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi atas kemenangan dan kejayaan yg tidak disangka-sangka ini.

Ads

“Omgggg, sangat susahhhhhh Aina nak tahan rahsia ini, almost 2 months!,” tulisnya.

Aina bagaimanapun turut meminta maaf dan menyatakan tiada niat untuk menipu.

Sebaliknya, ia adalah antara perjanjian yang perlu dipatuhi mereka yang terlibat.

Ads

“Aina minta maaf sangat2 kat semua yang di luar, family, rakan2 dan all my lovely followers.

“Aina takde niat nak tipu tapi, dah sign contract and aina kene patuh. Maaf ya semua!

“Aina juga di sini nak ucapkan jutaaan terima kasih buat semua team produksi dan team2 yang berada di belakang Aina sepanjang program ini berjalan.

Ads

“Semoga Allah Swt rahmati anda semua. And last but not least, to Bunga Raya, we did it! Alhamdulillah!,” tulisnya sambil disusuli beberapa hashtag.

Sementara itu, tempat kedua jadi milik Rajah Brooke yang dipakai l penyanyi Vaneesa Reynauld.

Orang Utan yang dipakai oleh anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju berada di kedudukan tempat ketiga dan Wau yang dipakai penyanyi Datin Alyah menduduki tempat.

Vince yang menyarung Enggang pula menduduki tempat kelima.

Foto: Instagram Aina Abdul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI