“Takde Super Car, Rumah Tak Banglo, Barang Tak Branded,” – Ika Nabella Syukur Dikurniakan Teman Sejati, Suami Sanggup Terjun Tebing Dubrovnik

Share

Bakal menginjak ke angka 31 tahun pada 22 Jun nanti, pelakon yang digilap bakat menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim keenam, Ika Nabella mengimbau kembali detik percutian ke Itali dua tahun lalu.

Jelasnya, sepanjang mengenali suami, setiap kali menjelang hari lahir, dia akan dibawa mengelilingi dunia untuk bercuti.

Jelasnya lagi walau kehidupan tidak mewah, namun minat mengembara menyebabkan mereka serasi.

“Bangun pagi tadi dah sampai Italy pulak.
Best pulak boleh rentas mcm ni Hmmm 2 tahun la birthday I tak holiday.

“Sejak bercinta hati ke hati dgn @zaidbowie everytime birthday dia bawak I tengok bumi Allah.

“Hidup kami biasa2 ja serba sederhana. Takde super car. Rumah tak banglo. Barang tak branded. Minat kami sama. TRAVEL. Yes to be honest minat ni yg buat I rasa “ok boleh gang”.

“Ada rahsia, waktu awal2 dia mengorat I dulu tak sampai sebulan I ajak dia pi island motif utama nk tgk dia suka laut takkkkk hahahaha boleh ke tidak swim tengah laut without a lifejacket cukup jantan ke tak.

“Or another city boy, another spoilt brat yg so London Paris NewYork.

“Rupanya! Cliff kt Dubrovnik tu dia boleh terjun!!! So jantan la my man. Inikah nama nya sangap?? Betul2 sangap,” kongsinya panjang lebar.

Ika diijabkabul dengan Muhammad Zaid pada 30 Julai 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Foto : Instagram Ika Nabella

Published by
Noraini Abd Wahab