Masih ingat dengan kisah pengalaman pahit Sherry diberi layanan yang kurang memuaskan daripada seorang pekerja butik jenama mewah pernah kami kongsikan terdahulu?
BACA: ‘Dah la Muka Ketat, Jawab Pun Nak Tak Nak’ – Sherry Ibrahim Kesal Dengan Sikap Pekerja Butik Mewah
Namun baru-baru ini, pengasas produk kosmetik Deeja Kosmetik ada berkongsi update terkini tentang isu yang menjadi bualan hangat seminggu lalu.
Melalui posting tersebut, Sherry turut memberitahu sebenarnya dia bukanlah meminta untuk diberi layanan lima bintang atau apa, sebaliknya dengan senyuman dan layanan yang adil sudah cukup bagus buatnya.
Malah Sherry turut berterima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membantunya dalam hal ini.
“Whatever happened before tak perlu i nak explain panjang2 and nak justify to some of your comments about my previous video cause i knw some of you yg nak bash ntah pape were all there just nak backup your ‘Friend’ . Well i’m just a customer yg nak layanan adil and at least a smile and a friendly service cause am not asking for a 5 star service from some of the retail staff pun. Anyways Alhamdulillah all went well and thank you Ezham and the rest at Gucci The Gardens for giving me a friendly and sincere service today! A better environment here,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Malah, dia turut memperbetulkan sangkaan orang ramai yang telah salah tafsir tentang luahannya.
Selain itu, Sherry turut meminta orang ramai untuk cuba baca dan fahami terlebih dahulu apa yang ingin disampaikan dan jangan terus membuat andaian sendiri.
Malah, Sherry turut menegaskan dia hanya membuat aduan terhadap sikap seorang pekerja dan dia juga tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa kerana tidak letak nama dan details tentang pekerja tersebut secara terbuka.
Di hujung ruangan kapsyen, Sherry turut berharap agar apa yang berlaku ini memberi pengajaran dan berharap sesiapa sahaja yang berada dalam industri khidmat pelanggan turut belajar dari apa yang berlaku untuk memperbaiki kualiti pekerjaan.
“That’s why if some of you nak say anything please read everything carefully cause i only complained about ‘one’ particular staff and i didnt even mention that particular staff name anywhere. So let’s take this as a learning process and improve ourself. Cause when you work in a customer service line you know customer is always right regardless whatever . *That’s what i learned and practice when i was in a service line,” tambahnya lagi.
Apapun MH berharap agar pekerja-pekerja sales girl/man mengambil iktibar dan janganlah bersikap acuh tak acuh ketika bekerja.