Legenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei menafikan dirinya ada terlibat dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan ‘skim cepat kaya’.
Menurut Chong Wei, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya tanpa izin bagi menarik perhatian orang ramai mengenai aktiviti penipuan tersebut.
Recently there are circulations around that I’ve started or recommending an investment opportunity which can transform…
“Time macam ni lah mesti ada parti yg ambil kesempatan, praying on our vulnerability and desperation. Jangan diperdaya ditipu “Secret” jadi kaya yg semakin banyak pop out kat internet, kat smart phone,” katanya.
Penjelasan tersebut dikongsikan oleh wira negara itu menerusi sebuah entri di akaun Facebook.
Ads
Tambah Chong Wei, untuk menjadi seseorang itu haruslah berusaha dan memantapkan skill yang ada pada diri.
“Nak kaya, kenalah rajin, kenalah bijak. Invest dalam diri sendiri, belajar skill dan ilmu baru, biar Power. Asalkan ada yg sanggup bayar untuk kemahiran anda, selamat lah tu! Keyword “Power”.
“Semuanya susah time baru start, sebab belom pandai. Kalau tiap-tiap hari buat, semakin mudah jadinya, sebab semakin pandai. Teruskan usaha, jadilah Power Ranger!
Ads
“Itu lah rahsia dia! Takkan click-click jari, korek duit sendiri, bagi orang lain, ikot lagi arahan dia boleh jadi kaya? Agak-agak lah, mana logik dia?,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Chong Wei turut berpesan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya terutamanya ketika zaman kegawatan ekonomi ini.
Ads
“Tiada jalan pintas untuk Berjaya kawan-kawan. Terutama dalam masa yang penuh liku-liku kemerosotan ekonomi ini, jangan mudah terbuai atas kata-kata manis yang tidak munasabah.
“Kepada yang ambil kesempatan, menipu duit orang awam. Jangan lah. Jangan satu hari, anak cucu kau yang jadi mangsa atas kedurjanaan mu. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
“Kepada yang mengalami masalah kredit, layani lah www.akpk.org.my. AKPK Agensi Bank Negara yg sudah banyak membantu rakyat Malaysia,” jelasnya lagi.
Sumber: Facebook Lee Chong Wei
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak kisah diberi gelaran ‘Mak Singa’ oleh anak-anak, pengasas Rumah Hutan, Rozita Ibrahim menjelaskan, dia sebolehnya mahu mendidik anak-anak sedari kecil untuk mencari pengalaman hidup.
Malah dia secara terbuka turut menyatakan anak-anak disuruh berniaga secara kecil-kecilan sejak berada di darjah satu.
Ulasnya, dia tidak punya pendidikan untuk diturunkan kepada anak-anak dan atas sebab itu dia mencukupkan keperluan anak-anak dengan teori dan praktikal.
“Kisah sy sebagai ibu dgn title “Mak singa” gelaran dr anak2 bila sy mengamuk..
“Sy suruh anak kerja part time atau niaga kecil2an sejak darjah 1.Umur 12 tahun cuti sekolah tu kerja walupn gaji hanya RM12..
“Sy xda akademik nak turunkan pd anak2 hanya pengalaman hidup sy.. kerja dn niaga part time mereka tu mereka dpt teori dn praktikal,” kongsinya menerusi laman Instagram.
Sebagai ibu, Rozita perlu menerapkan semangat dan menajamkan minda anak-anak untuk membina masa depan yang lebih baik.
“Mereka mengeluh dn semangat..Masa tu sy ulas bgaimana nk cari solusi .. Sy icon depan mata sbagai ibu kena tunjuk contoh yg baik pd anak2 sikap berdisiplin ..rajin..x buang masa..
“Pesanan setiap hari pd anak2 tanpa jemu sampai hafal skrip lah.. santapan tajamkan minda keraskan semangat utk mereka kuat bina masa depan.
“Berfikir luar dr kotak sempadan/ sikap ushawan 10 tahun kedepan dari usia sebenar mereka,” ulasnya lagi.
Namun dalam pada itu, dia turut meluahkan, sedari kecil dia selalu mengingatkan anak-anak supaya tidak menjadi artis dan jangan mengejar populariti.
“12 prinsip sy tekankan utk jd leader yg blh bina sifat ushawan. Ugama dn jujur penting sgt wajib letak depan. KECIK BOLEH SY DIDIK DH BESAR SY X BERDAYA DAH KALAU ANAK X IKUT ASUHAN SY…Doa dn terus memujuk..
“Asas pesanan sy sejak kecil Jgn jadi artis..Jgn kejar glamer..Jgn buat benda haram..Jgn tipu orang,” luahnya lagi.
“Jam 11 mlm semalam hampir2 masuk ke OT utk dibedah (caesarean), dengan kuasa YG MAHA BESAR, pada saat2 akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad.
“Pengalaman yg LUAR BIASA.. HEBATNYA KUASA DOA.. ALLAHUAKBAR!,” tulisnya.
Sambil mengucapkan terima kasih atas doa semua, Yatt turut bersyukur kerana dia dikurniakan putera sulunng.
“Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak LELAKI PERTAMA Bonda.. satu2nya anak LELAKI.
“Terima kasih semua keluarga, sahabat2 dan followers Bonda yg baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yg tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini.
“Paling utama doa suami. Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni pd jam 11.16 mlm ini. Alhamdulillah, Syukur Alhamdulillah.
“Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yg Soleh, Pejuang Agama. In shaa Allah nanti Bonda akan share perjalanan di Labour Room dan betapa besarnya KUASA DOA,” kongsinya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...