Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengakui statusnya kini masih solo meski pernah dikaitkan dengan penyanyi Indonesia, Reza Zakarya yang dikhabarkan baru sahaja bertunang baru-baru ini.
Menurut Uyaina, dia tak bersedih mengenai perkara tersebut.
Sebaliknya, dia percaya penyanyi berkenaan berhak untuk menentukan kehidupannya sendiri.
“Mereka ada gosipkan saya dengan seorang penyanyi Indonesia. Tapi sekarang penyanyi itu pun dah bertunang.
“Jadi semua orang ingat macam ‘Uyaina lagi sedih ya, lagi galau ya’. Saya kata tidak, dia sudah sampai jodoh dan waktunya.
“In fact saya dah berterus terang dengan dia bagi tahu yang saya ada banyak lagi impian dan cita-cita yang belum tercapai sebagai wanita yang belum berkahwin.
“Saya nak fokuskan mengenai diri saya dahulu. Uyaina tak menghalang dia untuk proceed ke peringkat seterusnya.
Ads
“Takkan kita nak suruh orang tunggu. Begitulah kisahnya,” katanya kepada MH.
Uyaina berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pengenalan peserta program Ratu Hijabista 2020 di The Great Eastern Mall, Kuala Lumpur , pada Rabu.
Tambahnya lagi, dia tidak menafikan kini dalam fasa mengenali hati budi seseorang, namun mendedahkan perancangannya untuk berkahwin masih lagi jauh.
“Tetapi sekarang ini saya sedang mengenali seseorang. Saya tidak menutup hati saya.
Ads
“Namun, perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat masih belum ada.
“Dari segi kehidupan peribadi, saya memang seorang yang low profile, dengan siapa saya berkenalan, saya tak pernah expose.
“Saya nak orang kenal saya base on my prestasi dulu. Bila kita ada prestasi yang baik, kalau orang nak tahu pasal kita tu, kita pun happy nak share,” jelasnya lagi.
Bintang ini bagaimanapun sudah memasang hajat untuk mendirikan rumah tangga sebelum mencecah usia 30 tahun.
Ads
“Saya seorang yang serious bila dalam perhubungan. Saya bukan jenis yang in relationship with someone just untuk have fun.
“Saya faham bila umur dah cecah 28 and tak lama lagi 30, jadi perancangan untuk kahwin tu ada cuma bukan sekarang atau dalam masa terdekat.
“Jawapan saya tetap akan sama, saya akan berkahwin sebelum umur 30. Bagi saya ketika umur 20-an ini adalah masa untuk saya mengejar impian dan cita-cita,” akhirinya.
Sementara iti, Uyaina bakal bergandingan bersama pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim bagi mengacarakan program realiti terbaru, Ratu Hijabista 2020.
Raju Hijabista 2020 akan bersiaran pada 12 Ogos 2020, setiap Rabu bermula jam 9.00 malam hanya dia Astro Prima (125) dan Prima HD (105).
Semalam, usahawan dan pelakon popular, Nur Fazura memuat naik sekeping foto di Instagram seperti sedang berurusan di sebuah balai polis yang nyata mencetuskan tanda tanya di kalangan pengikutnya.
Dalam hantarannya itu, Fazura turut merakamkan ucapan terima kasih buat pihak Polis Di-Raja Malaysia.
“Terima kasih PDRM Malaysia. #tegasadildanberhemah,” tulisnya.
Terbaru, menerusi posting di ruangan Instagram story juga, Fazura turut berkongsi mengenai keadaan kakinya yang cedera dan terpaksa dibalut.
Jelas pelakon filem, Pisau Cukur ini lagi, kakinya itu dikatakan tercedera akibat terlanggar besi lampu.
“Sakit juga kaki ya bila terlanggar besi lampu. Kaki jadi macam hantu mummy dah,” kongsinya lagi.
Bagi menjawab spekulasi ramai, Fazura menjelaskan urusannya di balai polis pada Sabtu bukannya disebabkan kecederaan di kakinya itu sebaliknya dia sedang menguruskan hal yang lebih berat.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu tidak mengulas lanjut mengenai hal tersebut.
“Sedikit pencerahan sebab ramai ingat ni sebab kaki Faz yang cedera terlanggar besi lampu. Tapi bukan tau.
“Ini kes yang lebih berat. Kita serahkan ke hadrat Allah SWT dan kepada PDRM,” kongsinya di Instagram stories.
Malah, Fazura turut menyerahkan hal tersebut kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.
Sementara itu, para pengikutnya pula turut mendoakan semoga segala urusan Fazura sentiasa dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak mahu berenggang dengan arwah suaminya, Jennifer Coppen menyimpan sedikit abu mayat Yitta Dali Wasink di dalam loket rantai leher untuk dibawa ke mana sahaja.
Dalam perkongsian di Instagram Story, pelakon filem dan sinetron itu menyuarakan perasaannya. “Kamu sebahagian daripada aku Dali. Aku akan selama-lamanya memakai rantai ini dan membawa kamu ke masa sahaja aku pergi,” tulisnya.
Sebelum itu majoriti abu mayat Yitta Dali Wasink atau mesra di sapa sebagai Papa Dali telah terlebih dahulu ditabur di Pantai Lembeng , Bali.
Sebelum ini berita kematian suami kepada pelakon Jennifer Coppen menjadi bualan hangat di media sosial apabila upacara pengebumian arwah suaminya, Yitta Dali Wasink dilakukan secara pembakaran dan bukan mengikut agama Islam.
Menjawab perkara tersebut, menurut perkongsiannya, Jennifer menjelaskan bahawa keputusan untuk membakar mayat adalah permintaan arwah suaminya ketika masih hidup.
Biarpun sudah memeluk agama Islam sebulan sebelum berkahwin, namun pelakon berusia 23 tahun itu mengungkapkan bahawa arwah suaminya belum benar-benar memahami soal kewajiban kubur.
“”Memang Papa Dali mualaf, Papa Dali baru belajar Islam dan belajar guys. Sebelum makan baca Bismillah, sebelum Kamari makan disuruh baca Bismillah. Masuk rumah cakap Assalamualaikum.
“Tetapi mungkin kerana dia tidak belajar banyak, Papa Dali tidak begitu faham tentang agama Islam. Dan itu adalah permintaan Papa Dali untuk dibakar. Tolong hormati sahaja keputusan Papa Dali. Sekarang Papa Dali sudah tenang,” jelasnya menurut laporan IDNtimes.
Dalam pada itu, ibu kepada Kamari Sky Wassink itu menyatakan bahawa dia sudah menjalankan acara tahlil untuk arwah suaminya itu di rumah, namun dia tidak kongsikan di media sosial.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Adira Shuhaimi, 33, menafikan dakwaan dirinya pernah dicakar dan diterajang oleh bekas madunya, Sharifah Norshafila Hashim, dalam satu insiden di kediaman wanita itu,...