Aduhai, ramai pula yang mempersoalkan mengenai tindakan Iqram Dinzly yang ada memberikan komen terhadap salah satu entri foto yang dimuat naik rakan pelakon, Uqasha Senroze menerusi Instagram baru-baru ini.
Malah, komen yang dibuat pelakon tersebut turut menerima komen pelbagai netizen.
Membalas apa yang diperkatakan ramai mengenai isu ‘mata sama di posisi dada’ itu, Iqram menerusi Instagram menulis;
Ads
“Takkan lah aku nak komen , eh tetek Zul Ariffin timbul sebab pakai baju pagoda . Kang dah plak kata aku #Gay . Bodoh punya olang!
“Salahkah aku menyampaikan apa yang feedback aku dapat drpd kawan kawan lelaki. Sekurang2 nya aku tak #munafik. Aku bercakap yang benar. Aduyai , #malaysiamalaysian laaa ni banyak sangat munafiknya,” maklum Iqram.
Pada masa sama, Iqram turut menyeru netizen supaya menonton filem seram terbaru di pawagam, Munafik2 bagi memahami maksud munafik yang sebenarnya.
Ads
“So apa kata esok filem #munafik2 keluar , haaa korang usha lah bagi memahami maksud munafik yang sebenar . Apa apa pun #goodluck tuan direktor @syamsulyusoffilm . Maybe ini kali boleh cecah puluh puluh juta juga . Hidup filem #Melayu | #Islam !,” katanya lagi.
Penyanyi, Baby Shima akui terkilan dengan dakwaan seorang individu yang melabelkan dirinya sebagai ‘menjual agama’ gara-gara mengenakan pakaian sopan ketika membuat persembahan disebuah majlis pada Sabtu lalu bersamaan dengan hari memperingati peristiwa Israk dan Mikraj.
Kata individu berkenaan, Baby Shima hanya mengenakan pakaian sopan kerana mahu menghormati majlis dan bukannya agama.
Lantaran itu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, tampil mempertahankan dirinya selain turut menyifatkan dakwaan individu berkenaan seperti agak keterlaluan.
“Kenapa banyak geng-geng PAS pertikaikan saya bersopan? Pakcik ni adalah orang kuat PAS tapi jahatnya mulut. Haritu bising sebab saya seksi, sekarang bising sebab saya pakai sopan.
“Tak faham lah dengan geng-geng PAS ni. Semua tak kena,” tulisnya di Instagram.
Jelasnya lagi, walaupun dia belum menutup aurat dengan sempurna, namun usahanya untuk menghormati majlis tidak sepatutnya dipertikaikan.
“Memang la saya ni belum bertutup aurat lagi tapi saya nak menghormati majlis agama.
“Memang la saya tahu tak tutup aurat tu dosa tapi sampai hati pakcik PAS ni cakap saya ikut kesesuaian majlis sebab jual agama.
“Salah ke saya pakai sopan majlis tu pak cik? Ramainya pertikaikan kenapa saya tutup aurat pada majlis isra mikraj hmmmmmm,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut memuji usaha Shima untuk menghormati majlis.
“Nanti kalau pergi majlis agama tak pakai tudung, kau cakap dia tiada akhlak pula. Janji dia ada rasa hati nak pakai tudung tu pun dah baik dah. Nasihat pun ada caranya.
“Patutnya doalah yang baik-baik. Tak tutup kau bising. Dah tutup pun bising. Nak apa sebenarnya ni?
“Alhamdulilah, sekuran-kurangnya Shima tahu pakaian yang sesuai ikut majlis.
“Jangan cakap macam tu. Dosa pahala bukan kau yang tentukan. Itu kerja Allah. Siapa kita pandai-pandai nak labelkan orang penjual agama?
“Patutnya berdoa kepada Allah. Tunjuk jalan benar kepada Shima. Bukan kita kutuk dia. Siapa kita nak menghukum,” antara komen-komen netizen.
Baru-baru ini, Shima ada berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya mengenakan pakaian sopan dan berhijiab sewaktu membuat persembahan di Kuantan, Pahang.
Pelakon Anzalna Nasir mengajak orang ramai mengumpul dana bagi membantu seorang kanak-kanak, Mas Muhammad Luth yangmenghidapi tumor.
Mas Muhammad Luth atau Luth, 4, disahkan menghidap high grade glioma tahap empat iaitu sejenis tumor yang ‘hinggap’ di kepala.
Penyakit ini juga merupakan antara penyakit paling jarang dijumpai di dalam dunia.
“Saya memang sudah mengenali Luth sejak kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih.
“Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan,” katanya.
Bukan itu sahaja, Anzalna juga mengenali ibu kepada Luth iaitu Hazirah yang juga merupakan teman rapatnya.
Hazirah yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak sudah banyak mengeluarkan wang simpanan untuk sesi rawatan sejak didiagnos pada 31 Januari lalu.
“Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kemoterapi. Namun keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.
“Paling menyedihkan apabila doktor memaklumkan bawasanya kes yang berlaku kepada Luth amat jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak.
“Hanya 10 peratus sahaja mampu bertahan dan peluang untuk hidup hanya satu tahun sekiranya tidak mendapat rawatan,” katanya lagi.
Anzalna pada masa sama berharap dapat mengumpulkan sejumlah dana bagi membawa Luth mendapatkan rawatan di luar negara.
Terkini, keadaannya semakin lemah dan dia perlu segera di bawa berjumpa dengan doktor pakar di United Kingdom (UK) memandangkan hanya mereka yang mempunyai kepakaran mengendalikan penyakit sebegini.
“Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua pihak untuk membantu meringankan beban mereka.
“Dengan rendah hati dan keprihatinan rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu mengumpulkan dana yang diperlukan. Hari ini mungkin mereka diuji, dugaan untuk kita belum tentu lagi. Semoga usaha kecil kita semua mampu menyelamatkan nyawa Luth,” katanya lagi.
Sementara itu, Anzlana menerusi Instagram turut menitipkan luahan susulan ujuan yang dihadapi kanak-kanak ini.
Menerusi perkongsian tersebut, ibu kepada dua cahaya mata ini memohon ramai untuk sama-sama meringankan beban dan mendoakan yang terbaik buat Luth.
Mengembalikan nostalgia, penyanyi era 90-an, Krisya akui teruja selepas membuat kemunculan semula di pentas Gempak Most Wanted Awards 2024 (GWMA) menyampaikan lagu tema Kluang Man bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG), semalam.
Menurut Krisya atau nama sebenarnya, Krisya Nursabrina Roslan, pihak Astro sebenarnya sudah lama mencuba untuk menghubungi untuk bekerjasama dalam projek filem Keluang Man ini.
“Sebenarnya Astro memang sudah mencari saya berbulan-bulan. Walaupun sudah lama tidak menyanyi, saya merasakan itu satu rezeki.
“Pihak Astro memaklumkan, mereka mahu mengekalkan penyanyi asal untuk lagu Keluang Man yang diberikan nafas baharu ini.
“Disebabkan ini juga, saya bersetuju untuk bekerjasama dengan Astro. Terima kasih Astro kerana masih mempercayakan saya,” katanya kepada MH.
Krisya berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai membuat persembahan di GMWA2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Beza Pentas Dahulu & Sekarang
Pada masa sama, Krisya akui terdapat banyak perbezaan di dalam acara anugerah selepas lebih dua dekat meninggalkan kerjaya seni.
“Banyak perbezaan pentas dahulu dan sekarang. Ada banyak perkara yang baru pertama kali saya cuba malam ini (semalam). Sudah lebih 20 tahun saya menghilang.
“Jadi, banyak perkara baharu yang lebih hebat sekarang,” ujarnya lagi.
Berpindah Ke Bosnia
Ditanya ke mana dia menghilang selama 20 tahun ini, penyayi lagu Julanglah ini memaklumkan dia dan keluarga sudah berpindah ke Bosnia.
“Saya sebenarnya sudah lama bersara dalam bidang nyanyian. Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan sudah hampir tujuh tahan berpindah ke Bosnia.
“Saya sekeluarga memang sudah merancang untuk kembali pulang ke Malaysia. Jadi, segalanya seperti sudah diatur dengan baik. Balik sahaja ke sini, saya dapat tawaran daripada Astro,” katanya lagi.
Menjadi antara penyanyi yang disebut-sebut untuk menyertai program Gegar Vaganza musim ke-12, Krisya memaklumkan dia harus berfikir panjang sebelum membuat keputusan.
“Kita kena tengok dahulu bagaimana keadaannya nanti. GV ini memerlukan banyak persediaan. Kita ambil langkah satu per satu dahulu.
“Ketika di Bosnia, saya ada mengikuti juga program GV tapi tidak terlalu fokus. Saya pula sibuk dengan kehidupan di sana.
“Namun, bila orang berjumpa dengan saya, mereka juga ada bertanya tak nak masuk GV ke? Jadi, saya tahu serba sedikit bagaimana program ini berjalan,” akhirinya.
Sekadar informasi, filem Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ratu Cantik Myanmar, Silimee, disahkan antara mangsa yang terkorban selepas terperangkap dalam runtuhan kondominium mewah,Sky Villa yang tumbang dalam gempa bumi kuat minggu lalu.Berita...