Meskipun sudah bertapak agak lama didalam industri seni tempatan, pelakon, Taufiq Hanafi amat mendahagakan cabaran bagi membuktikan kepada penonton yang dirinya juga merupakan pelakon versatil.
Menurut Taufiq, dia mahu membuang stereotaip yang mengatakan dirinya hanya mampu untuk melakonkan watak-watak aksi sahaja.
“Ada kalanya, saya akui agak frust apabila nama saya ini sering kali dikaitkan dengan naskah-naskah aksi sahaja. Saya sudah berada dalam industri ini agak lama. Sejak belajar di ASWARA lagi.
“Bila dah sinonim sebegitu, tumbul pula perasaan takkan setakat itu sahaja yang mereka nampak saya. Cabarlah saya bawa watak apapun.
“Kalau betul saya gagal membawakan sesuatu watak itu, saya akan sentiasa menerima kritikan. Mungkin itu kelemahan saya. Tegurlah saya macam mana pun. Saya sedia belajar dan berubah,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Paskal itu berkata sedemikian ketika ditemui MH baru-baru ini.
Ads
Katanya lagi, ada kalanya dia juga kecewa dengan sikap segelintir pelakon yang hanya sambil apabila menjayakan sesebuah watak.
“Yang membuatkan saya bertambah bengang bila melihat pelakon lain mendapat tawaran untuk menjayakan sesebuah watak yang saya idamkan tapi tidak membawakannya dengan baik.
“Padahal saya nak watak itu tapi bila mereka telah diberikan peluang, mereka tak mahu manfaatkan peluang tersebut. Itu pun satu masalah juga,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Taufiq turut memaklumkan dia merupakan seorang yang sangat serius dalam bekerja dan sedia untuk memberikan komitmen penuh bagi menghidupkan sesebuah watak.
“Watak yang paling saya idamkan ketika ini adalah untuk membawakan watak sebagai seorang yang ada masalah psikologi. Saya mahu watak yang boleh menyiksa mental dan fizikal saya.
“Mungkin orang hanya nampak saya selesa membawakan watak aksi tapi apa sahaja watak yang diberikan pun, saya akan beri 100 peratus. Saya akan mengkaji dan belajar dahulu setiap watak.
“Sebagai pelakon, kita kena buat penonton percaya dengan lakonan kita. Kalau orang boleh percaya yang kita sama macam watak, itulah kekuatan seorang pelakon,” akhirinya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Taufiq baru sahaja muncul menerusi drama siri yang berjudul Astana.
Astana merupakan drama siri arahan pelakon dan pengarah, Luqman Hafidz yang mengangkat kisah mengenai kehidupan sebagai seorang doktor gigi.
Drama siri ini boleh ditonton menerusi laman Youtube Astana Dental.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Taufiq Hanafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi pengalaman menjadi ‘hantu’ menerusi Misteri Dilaila, bintang berusia 25 tahun ini memberitahu, dia disolek 3 jam hanya untuk satu babak selama 3 saat.
“Untuk dapatkan shot hantu, saya disolek 3 hingga 4 jam tapi babak itu hanya keluar 3 saat.
“Lepas itu, babak darah yang banyak di muka, kena kekal macam tu sampai 8 jam semata-mata untuk menjaga konti,” ulasnya yang memegang watak Dilaila.
Mengakui tidak pernah takut akan hantu, penyanyi lagu Semua Sudah ini turut memberitahu, ada terdengar kisah mistik yang berlaku ketika penggambaran.
Katanya, kru produksi seringkali mendengar suara wanita masuk dalam rakaman sedangkan tiada sesiapa ketika itu.
Bagaimanapun, Lizzy menjelaskan suara ‘entiti’ itu tidak pernah mengganggunya.
“Saya tak percayakan hantu sebab tak pernah alaminya sendiri. Sebenarnya saya teringin nak jumpa hantu.
“Saya nak tanya apa mereka nak? Mereka bosan ke? Kenapa nak kacau kita?” Selorohnya sambil ketawa.
Terdahulu, Lizzy ditemui media pada majlis Malam Gala Misteri Delaila di MMCinelplex, Damansara.
Turur hadir memeriahkan sesi tersebut ialah rakan pelakon, pihak produksi dan media. Misteri Delaila bakal menjengah pawagam 21 Februari depan.
Foto – Instagram Elizabeth Tan/ Ihsan Skop Productions/ Astro Shaw
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan mengakui dirinya mahu buat kelainan untuk melancarkan album terbarunya yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Kongsi penyanyi yang popular dengan lagu Harus Terpisah ini, dia mengambil keputusan untuk tidak menyanyikan lagu-lagu ‘patah hati’ seperti barisan lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini.
“Jika album pertama saya ada banyak lagu-lagu yang berunsur patah hati, tetapi kali ini untuk album baru semuanya berunsur lagu-lagu positif dan kebahagiaan.
“Saya sudah tidak mahu lagi mengeluarkan lagi lagu berunsur patah hati.
“Jika kita sentiasa rasa bahagia dan gembira pastinya ia juga akan mempengaruhi minda kita. Itu antara mesej yang saya mahu ketengahkan dalam lagu baru akan datang ini,” katanya kepada MH.
Cakra, 27, ketika ditemui di sidang media Big Stage 2019 di Damasara Utama pada Selasa berkata, dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pasaran menerusi aplikasi digital.
“Album ini akan berada di pasaran selewat-lewatnya pada hujung tahun ini. Kalau diikutkan situasi pasaran muzik sekarang, memang saya akan lebih beri perhatian kepada jualan lagu menerusi aplikasi digital kerana jualan album fizikal kurang mendapat sambutan,” jelas Cakra atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman.
Dalam perkembangan lain, Cakra turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap program realiti, Big Stage 2019 bagi mencungkil bakat-bakat ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU).
Big Stage 2019 akan bersiaran mulai 18 Ogos ini di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Seramai 12 peserta akan bersaing dalam program realiti tersebut iaitu Santesh, Adzrin, Irfan Harris, Kucaimars, Neeta, Syada Amzah, Fieya Julia, Sheryl Shazwanie.
Sementara empat peserta luar negara yang turut bersaing ialah Aziz Harun (Brunei), Jang Han-Byul (Korea Selatan), Chaleeda Gilbert (Thailand) dan Dinda Permata (Indonesia).
Foto : Instagram Cakra Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Ummi Nazeera menerusi ruang Instagram berkongsi sedutan program yang menunjukkan cara yang tepat memakai topeng muka.
Menurut Seto Wing Hong dari World Health Organization Collaborating Centre, topeng muka seharusnya dipakai dengan cara yang betul supaya dapat mengelakkan dijangkiti virus.
Bahagian biru seharusnya berada di luar kerana ia kalis air. Manakala bahagian berwarna putih di dalam kerana ia menyerap.
Dan bahagian dawai di atas topeng ialah untuk menekap bahagian hidung dan kemudian topeng di tarik ke bawah untuk menutup mulut sepenuhnya.
Kemudian selepas memakai topeng muka, pegang bahagian tali dan terus buang ke tong sampah tanpa menyentuhnya serta terus mencuci tangan.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...