“Takpe, Banyak Lagi Cara…,” – Akaun FB Disekat Sebab Selalu Update Isu Palestin, Iesya Toh Tak Mahu Mengalah

Share

Pengacara, Iesya Toh, mendakwa
akaun Facebook miliknya telah disekat selama sebulan, dipercayai kerana kerap memuat naik mengenai konflik yang berlaku di Palestin.

Jelas Iesya, dia tidak kisah seandai perkara tersebut berlaku kepada dirinya kerana merasakan banyak lagi medium lain yang boleh dia gunakan untuk menyebarkan mengenai realiti sebenar yang di bumi Palestin.

“FB dah blocked Sya! FB tulis 30days!sebulan! Takpe, banyak lagi cara untuk kite sama-sana smpaikan mesej ini.

“Konflik yang berlaku sejak 73 tahun lalu! Ketika ni sekali lagi Bumi Palestin dibanjiri dengan darah dan kekejaman. Dan anda terus memberi sokongan? Ini bukan isu keagamaan! Ini isu kemanusiaan!,” tulisnya.

Rasa terkilan itu dikongsikan oleh Iesya menerusi entri yang kini yang dimuat naik di laman Instagram.


Dalam pada itu, Iesya turut dilihat mengecam tindakan Amerika Syarikat yang dikhabarkan telah meluluskan penjualan senjata berpandu kepada tentera Zionis.

“FAKTA jelas kerajaan AS dilaporkan meluluskan penjualan senjata berpandu bernilai AS$735 juta kepada Zionis Laknatullah. Banyak duit mereka time pandemic ni!,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi kisah yang sama selain turut berharap agar kekejaman yang berlaku akan segera berakhir.

“Allahuakbar! Kita teruskan perjuangan untuk bebaskan Palestin. Semoga Allah SWT hancurkan mereka.

“Saya sama kak. FB start kena block 30 days pagi kelmarin. Sikit pun tak koyak. In Sya Allah jom kita sebarkan kebenaran.

“Teruskan berjuang dear, kami sentiasa sokong,” antara komen-komen individu di laman Instagram.

Sumber: Instagram Iesy Toh

Published by
Aizam Manaf