“Takut Anak Tak Kenal Sungai, Air Terjun,” – Nak Ke Mall Risaukan Virus, Datin Fouziah Gous Bawa Keluarga Berkelah

Share

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan, Datin Nor Fouziah Mohd Gous atau lebih lebih dikenali sebagai Fouziah Gous ada berkongsi cerita bersama pengikutnya.

Kongsi bintang berusia 37 tahun ini, dia ada isi masa bersama keluarga dan pada masa sama ingin mendidik dan memupuk anak-anak untuk menghargai alam semula jadi.

Lalu Fouziah dan suami, Md Zhafran Md Yusof telah membawa kedua anaknya untuk pergi berkelah di air terjun.

“Our first Picnic together with family. Takut anak2 ( @zhafoujr ) tak kenal sungai,air terjun dan alam semulajadi.

“jadi we decided to go picnic.. اَلْحَمْدُلِلّهِ rasa tenang sangat. Nak ke mall risau pula dengan pelbagai  virus.

“Semoga Allah jauhkan kita semua dari virus yg menjadi bualan especially korona virus yg membimbangkan..,” tulisnya.

Sekadar informasi, Fouziah telah mendirikan rumah tangga bersama Zhafran pada 21 September 2013.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Muhammad Zheeshan, 4 tahun dan Zeeshan Yusuf yang kini berusia 2 tahun.

Foto: Instagram Fouziah Gous

Published by
Nazar Rafiqhi