Usahawan dan pelawak, Shuib tampil mengulas berhubung isu seorang selebriti media sosial yang menziarahi pusara Allahyarham isterinya, Siti Sarah dan menjadikan ia sebagai kandungan di laman YouTube.
Menurut Shuib, semua pihak seharusnya ada rasa peka terhadap perkara melibatkan soal sensitiviti orang lain.
“Saya tak tahu nak komen apa mengenai isu itu. Apa yang saya boleh katakan, kena ada rasa peka yang tinggi terhadap sensitiviti orang lain.
“Takut nanti hilang sensitiviti, rasa suka nak buka aib… Takut bahagian kita pula satu hari nanti macam mana,” katanya.
Ads
Meski marah namun Shuib menambah adalah lebih baik menyebarkan rasa kasih sayang, demi kebaikan semua orang.
“Marah memang marah, tapi itu sahaja yang saya boleh cakap. Kena ada rasa semsitif. Nasib kita di masa akan datang belum lagi diketahui.
Ads
“Lebih baik kita kongsi perkara yang boleh mendatangkan kasih sayang, itu lebih baik untuk semua orang,” katanya lagi.
Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata demikian ketika ditanya media sejurus selesai majlis tahlil dan bacaan Yassin di kediamannya yang dilakukan secara virtual, Selasa malam.
Ads
Sejak kelmarin, kecoh di laman sosial mengenai individu yang terkenal di laman sosial Instagram dan YouTube yang merakamkan perjalanannya menziarahi puasa arwah Siti Sarah.
Dia difahamkan kemudiannya memuat naik video terbabit sebagai kandungan di saluran YouTube miliknya dan ia mula mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan warganet.
Bagaimanapun, individu terbabit sudah pun memohon maaf sekaligus memadam kandungan berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jumaat lalu, mentor usahawan Datuk Wira Dr. Azizan Osman berjaya lulus ijazah kedoktoran (PhD) tempatan pertamanya selepas sesi pembentangan viva voce dengan pembetulan minor bersama institut pengajian tinggi tempatan, Asia e University (AeU).
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. di dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah atas kejayaan berkenaan mewakili seluruh warga kerjanya.
Bagi Radz Mohd., Azizan ialah role model buat RichWorks dan bangsa usahawan bimbingan kami dalam soal kepentingan meningkatkan ilmu sepanjang masa.
“Moga orang ramai terutama bangsa usahawan di luar sana dapat buka mata dan melihat kejayaan ini sebagai inspirasi buat semua.
“Ini merupakan ijazah kedoktoran pertamanya diterima daripada universiti tempatan selain daripada PhD dari luar negara sebelum ini,” katanya. Ia sebagai mengulas hantaran dibuat dalam akaun LinkedIn AeU, hari ini.
Bagaimanapun, kelulusan PhD tersebut akan dimuktamadkan selepas keputusan senat AeU yang dibuat dalam masa terdekat ini.
Pada April lalu, Azizan bersama Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat telah lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).
Tambah Radz, penyelidikan yang dibuat beliau mengenai lima faktor yang membuatkan sesebuah syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat berkembang dan membina bisnes yang berjaya.
“Apa yang mengkagumkan kami, pembelajaran Azizan tak berhenti di sini kerana beliau juga saat ini sedang mengikuti program di IMD Business School, Switzerland selepas habis mengikut program di Columbia Business School di New York ketika bulan Syawal lalu.
“Ini antara perkara penting ditunjukkan beliau sendiri kepada bangsa usahawan tentang kepentingan ilmu dengan sentiasa upgrade diri kerana cabaran sentiasa ada dan setiap fasa bisnes membawa kepada situasi dan isu berbeza,” jelasnya.
Sehubungan itu, Radz memberitahu, melalui ilmu dan strategi yang terkini dan ditambah baik dari semasa ke semasa membuatkan RichWorks mampu menyediakan solusi end-to-end bagi permentoran usahawan di bawah Titanium dan Spire untuk melonjakkan bisnes masing-masing.
“RichWorks tidak hanya ‘jual air liur’selama 14 tahun seperti dikata segelintir ‘haters’ di luar sana, sebaliknya datang dengan ‘proven result’.
“Kami telah dan sedang bina usahawan yang berjaya dengan keseluruhan jualan sekitar 300 usahawan Titanium Circle dan Premier kami mencecah RM3.2 bilion pada tahun lalu saja,” ujarnya lagi.
Nama Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebelum ini sememangnya sinonim di kalangan para usahawan serta selebriti yang mengembangkan kerjaya menerusi lapangan bisnes.
Misalnya pada Julai lalu, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini menjadi rakan niaga strategik bersama RichWorks menerusi jenama produk kosmetiknya, SimplySiti khsusus bagi memperkasa pemasaran digital di bawah bimbingan mentor tersebut.
“Bagi bidang hiburan, saya sudah biasa dan ia sudah jadi seperti makanan saya tetapi dalam dunia perniagaan, saya akui masih kurang ilmu dan perlukan bimbingan.
“Selama ini pun saya dibimbing oleh team profesional, tapi saya perlu tahu (belajar) untuk menjadi pemimpin yang bagus.
“Sebagai pengasas produk, sudah tentu saya nak menembusi pasaran antarabangsa. Salah satunya, kita sudah masuk pun Indonesia (tetapi) dalam sibuk melakukan promosi, tiba-tiba dunia diserang COVID-19.
“Alhamdulillah, sekarang sempadan sudah dibuka. Jadi kami sudah merancang untuk membawa kembali jenama produk saya di peringkat yang lebih jauh lagi,” katanya kepada media sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anggota kumpulan K-Clique, Fareed selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Siti Hawa Hamdan, 30, dalam majlis yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada pagi Isnin.
Berita gembira itu dikongsi oleh penyanyi Sabhi Sadhi yang juga abang kepada Fareed, 28.
Dengan sekali lafaz, Fareed selamat bergelar suami kepada Hawa iaitu kakak kepada rakannya sendiri, MK dari kumpulan K-Clique.
“Syukur majlis berjalan lancar. Saya gembira melihat adik sudah berkahwin. Banyak yang dia lalui sebelum ini.
“Saya juga melihat Fareed berubah menjadi seorang yang lebih baik menjelang hari pernihakah,” kata Sabhi.
Pada majlis tersebut Fareed menyerah mas kahwin berbentuk seutas gelas emas denganlima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh MK sebagai wali dan majlis diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Majlis resepsi meraikan kedua-dua mempelai dirancang akan diadakan pada Disember nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya teringin nak berlakon filem, cuma tidak diberi peluang lagi.” Itu impian penyanyi, Haqiem Rusli selepas ditanya apakah perkara yang ingin dilakukan selepas ini sejurus menerima pelbagai pengiktirafan dalam nyanyian.
“Apabila saya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi lagu Lembah Kesempian di samping Datuk Rosyam Nor, beliau ada bercerita mengenai pengalamannya dan saya teringin.
“Bagaimanapun itu tidaklah bermakna saya sudah puas menyanyi, cuma saya nak cuba cabang seni yang lain juga. Biar orang nampak sisi Haqiem Rusli lakukan perkara lain selain menyanyi juga. Saya teringin tapi saya tak pandai berlakon,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai sejauhmana keinginan itu untuk mengasah bakat dalam lakonan, Haqiem mengakui dia perlukan bimbingan untuk asah skil lakonan.
“Masih perlu diajar, sebab saya bukanlah orang yang banyak bercakap sangat. Kalaulah diberi peluang. Misalnya baru-baru ini saya ada hubungi Syamsul Yusuf menyatakan keinginan itu tetapi dalam cara seloroh.
“Manalah tahu ia boleh membuka jalan. Saya hubunginya terus,” katanya yang idamkan watak serius.
Haqiem pada masa sama juga tidak akan melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita yang berganding dengannya.
Pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli itu menambah, dia sedia untuk mempertahankan prinsipnya itu jika berdepan dengan situasi sedemikian andai terbabit dalam lakonan kelak.
“Kalau ada yang membabitkan babak seperti berpegangan tangan dengan pelakon wanita, saya tak buatlah.
“Insya-Allah saya cuba berjuang untuk elakkan perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...