Pelakon Nadya Syahera yang baharu dilantik sebagai duta Nano Cosmetics mempunyai prinsip tersendiri sebelum menerima apa-apa tawaran khsusnya yang berkaitan dengan kecantikan wajah.
Ibu kepada tiga cahaya mata yang juga bekas model ini menjelaskan, dia sebolehnya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu yang mahu tampil cantik secara drastik tanpa memikirkan kesan sampingannya.
“Saya pernah mengalami satu pengalaman yang tak elok susulan menggunakan produk wajah yang ‘asal boleh’. Sebab itu penting untuk kita ketahui apa kandungan yang terkandung di dalamnya sebelum aplikasi.
“Saya pernah guna produk yang ada merkuri, kulit menggelupas yang tidak hilang dan sebagainya. Apa pengalaman yang saya alami itulah yang akan saya kongsi kepada semua. Sebab itulah sebelum menerima apa-apa produk kecantikan untuk riviu, saya akan selidik dulu,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 29 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media mengenai perlantikannya itu di Quill City Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nadya menambah, dia juga tidak mahu menipu pengguna selain mengakui akan kepentingan untuk tahu mengenai kandungan sesebuah produk.
Ads
“Sebab kalau hanya main ambil tanpa ambil tahu apa kandungannya, bimbang nanti kalau orang lain yang pakai, saya yang akan kena balik.
“Jadi saya lebih senang untuk berkongsi berdasarkan kepada pengalaman, bukan hanya main karang atau tulis di media sosial.
“Tak baik buat begitu. Mereka (klien) bayar saya jadi takut kalau duit yang diterima tak berkat. Rezeki yang ada itu saya akan kongsi dengan anak-anak dan keluarga. Kalau hasilnya tak berkat, macam mana tu?
“Malah sebelum saya terima tawaran ini, saya beritahu kepada pihak Nano Cosmetics untuk cuba menggunakan produk ini kira-kira hampir dua bulan untuk melihat keberkesanannya.
Ads
“Sebelum ini saya pernah guna ketika melakukan rawatan wajah di sebuah pusat kecantikan. Sebab teruja dengan hasilnya, saya bertanya dan tak sangka rezeki kami untuk bekerjasama,” katanya lagi.
Sebagai pengenalan, pelakon drama Selepas Terlafaznya Akad itu menjadi wajah wakilan selama enam bulan.
Ads
Sementara itu, Pengurus Besar Nano Cosmetics, Nur Amalia Abdullah berkata, formulasi unik diperoleh hasil penyelidikan nanoteknologi dari pusat penyelidikan universiti tempatan dengan menghasilkan produk serum untuk wajah dan masker wajah menggunakan ekstrak manggis dan nanas.
“Hasilnya kulit wajah mampu berseri, sihat dan segar dalam waktu yang singkat dan anda pastinya teruja dengan keberkesanan serum dalam masa yang singkat.
“Ia juga tiada bahan terlarang, tiada bahan kimia selain berdaftar dengan KKM dan diperbuat di kilang yg bertaraf GMP, Halal dan ISO untuk kosmetik,” katanya.
Jenama ini dimulakan oleh dua orang profesional bumiputera yang mana misi mereka ialah menyediakan produk kosmetik berlandaskan inovasi saintifik terkini.
Produk penjagaan kulit Nano Cosmetics menuntut untuk membantu wanita yg sibuk dengan kerjaya dan keluarga tapi masih pentingkan kecantikan dan produk yang berkualiti serta ingin kulit sihat dan berseri sepanjang usia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas penyanyi dan pelakon, Zul Handy Black mengakui pernah menerima kritikan atau menerima kata-kata negatif apabila menyampaikan dakwah.
Menerusi akaun Instagram, Zul ada berkongsi pengalaman dan cabaran yang dilalui. Malah. Zul turut senaraikan reaksi yang diberikan mereka andai ditegur.
“LAA ILAAHA ILLALLAH
bila tegur, banyak respon yang berbunyi :
1. Macam kau sorang masuk syurga.
2. Kubur masing masing.
3. Kau pun dulu teruk jugak.
4. Siapa kau nak tegur orang.
Dannn macam macam lagi la.
“Aku buat, sebab Nabi saw suruh buat kerja dakwah. Sampaikan walaupun sebaris ayat.
“Dakwah datang dengan pelbagai gaya, corak, bentuk dan kaedah.
Sahabat Nabi, ada yang berlembut, ada yang berkeras.
“Yang nak terima walaupun telinga bernanah dan hati berdarah, tu tandanya iman masih ada, dan Allah masih sayang, nak kita berubah ke arah yang lebih baik.
“Yang taknak terima tu…baiklah, aku bukan nak merampas keseronokan korang…tapi nanti, di akhirat, jangan aku dituntut apa apa lagi…,” tulisnya.
Jelas Zul atau nama sebenarnya Nurzul Suphia’an Sa’ban menyampaikan dakwah ini adalah satu tanggungjawab yang amat penting bagi dirinya sebagai umah islam.
“Sebab di dunia ni, aku dah cuba dan berusaha jalankan tanggungjawab aku…
Niat aku takde lain.
“Selain dari nak ajak seramai ramai manusia untuk sama sama berusaha untuk ke syurga Allah. Niat dakwah…LAA ILAAHA ILLALLAH…,” tulisnya lagi.
Pelakon, Zila Bakarin ada berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di akaun Instagram.
Kongsi bintang drama bersiri 7 Hari Mencintaiku itu, dia telah terpilih sebagai ikon kempen Jom Celik Al-Quran yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).
“Alhamdulillah! Ptg tadi selesai sudah majlis pelancaran Program #JOM CELIK AL-QURAN anjuran #MAIWP bersama #IPAQ
“Sungguh tak sangka saya antara artis yg terpilih utk jadi IKON #jomcelikalquran rezeki Allah…
Selain Zila, selebriti Adam Corrie Lee, Lisdawati dan Heliza Helmi turut dipilih sebagai ikon untuk kempen berkenaan.
“antara IKON lain ialah @adamcorrielee @lisdawati15 @nurhelizahelmi @hazwanihelmi @ustazrusydialjauhari
Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun ini menyarankan kepada peminat untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
“Program ini mengajak kita belajar mengaji dari awal hingga qatam… insyaallah..
“Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat.Marilah kita jadikan Al-Quran panduan hidup dan sahabat.,” tulisnya.