Categories: Uncategorized

(Takziah) Abang Melly Goeslaw Meninggal Dunia

Share

Kami menerima berita sedih bahawa abang kepada penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Berita sedih ini dikongsikan sendiri oleh Melly menerusi Instagram miliknya, dia memberitahu bahawa abang kini sudah tiada dan difahamkan telah menghembuskan nafas terakhir pada 30 Oktober, isnin yang lalu.

Menerusi entri milik pelantun lagu Apa Artinya Cinta itu berkata, abangnya, Thomas Albert Goeslaw meninggal dunia selepas berjuang melawan barah hati tahap keempat.

“Selamat jalan Thomas Albert Goeslaw ( Tommy ). Bahagia disana ya Tom. Terima kasih Ya Allah, Kau berikan yang terbaik untuk abang saya.Tommy sudah tidak sakit lagi.”

 

“Sudah tak ada beban dan rasa sakit lagi sedikitpun. Bahagia disana ya Tom. Walau kita tidak seagama, jika DIA mengizinkan, kita pasti ketemu lagi disana.”

 

“Siapapun yang baca ini dan kenal dengan abang saya. Saya atas nama keluarga mohon dimaafkan jika abang saya punya salah.” Ujar Melly diruangan kapsyen foto abangnya.

Melly amat merasa kehilangan atas pemergian abangnya untuk selama-lamanya selepas 10 tahun ayahnya pergi meninggalkan mereka.

Walaupun mereka berdua berbeza agama, namun Melly tidak pernah membezakannya. Malah, Melly bersyukur dirinya dapat merawat abangnya ketika sakit dahulu.

Dalam masa sama, Melly turut memuat naik video singkat abangnya semasa sihat sehingga disaat menghembus nafas terakhir. Video tersebut juga merakamkan saat terakhir Melly dan suami berjumpa dengan abangnya.

Lagu latar yang mengiriingi video tersebut adalah lagu nyanyian Krisdayanti yang bertajuk Aku, Engkau Dan Mama begitu menyentuh hati.

Sedih, itulah perasaan yang hadir ketika menonton video itu. Namun buat Melly tentunya dia lebih sedih kerana dia yang terpaksa melaluinya sendiri.

Rata-rata pengikut Melly turut bersedih dan telah meninggalkan kata-kata semangat buat Melly di ruangan komen dan meninggalkan ucapan takziah buat Melly dan keluarga.

Kami juga mendoakan agar Melly terus tabah melalui dugaan ini dan di setiap kedukaan itu pastinya ada bahagia yang menanti.

Mari kita tonton video yang dikongsikan oleh Melly.

Published by
Wani Arifin