Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa.

Berkongsi slip keputusan di laman Instagram, Hawa dilihat telah berjaya menamatkan semester akhirnya itu dengan himpunan purata nilai gred 3.78.

Tamat Pengajian Masters Dengan Pointer 3.78, Hos Hawa Rizwana Syukur Nikmat

Pengacara program Wanita Hari Ini itu nyata bersyukur kerana dirinya berpeluang untuk menamatkan pengajian selama empat semester meskipun hanya bergelar pelajar separuh masa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

IKLAN

“Alhamdulillah. I am so grateful to have gotten the opportunity to complete my Master Level course within 4 semesters as a part time student and working at the same time,” tulisnya.

Tamat Pengajian Masters Dengan Pointer 3.78, Hos Hawa Rizwana Syukur Nikmat Tamat Pengajian Masters Dengan Pointer 3.78, Hos Hawa Rizwana Syukur Nikmat

IKLAN

Sementara itu, Hawa juga dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokongnya selama ini

“Thank you for the endless support dearest family, lecturers and friends. Till i see you again @uitm.official,” katanya lagi.

IKLAN

Entri tersebut nyata telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah daripada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah malah ada juga yang menyifatkan Hawa sebagai sumber inspirasi buat mereka.

Tamat Pengajian Masters Dengan Pointer 3.78, Hos Hawa Rizwana Syukur Nikmat Tamat Pengajian Masters Dengan Pointer 3.78, Hos Hawa Rizwana Syukur Nikmat Tamat Pengajian Masters Dengan Pointer 3.78, Hos Hawa Rizwana Syukur Nikmat

Sumber: Instagram Hawa Rizwana Redzuan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI