Pereka fesyen, Jovian Mandagie ada memuat naik sejadah corak biru yang dihadiah Neelofa buatnya.
Perkongsian tersebut dibuatnya menerusi dua posting di Insta Stories yang kemudiannya dikongsikan kembali hos MeleTOP itu.
“My beautiful sajadah is by @naelofar, masyaAllah thank you @neelofa for this beautiful gift.
“Tambah banyak rezeki dan pahala you. Ameen,” ucap Jovian di atas pemberian tersebut sambil disambut baik Neelofa.
Selain rangkaian tudung, jenama tersebut juga turut menawarkan beberapa item mesra Muslim lainnya.
Foto: Instgaram Neelofa,Jovian Mandagie