“Tampan & Cantik Sangat…,” – Khai Bahar Kongsi Foto Dengan Hawa Rizwana Redzuan, Ramai Kata Sangat Sepadan

Share

Menerusi entri terkini penyanyi dan pelakon, Khai Bahar ada memuat naik beberapa keping foto bersama personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan.

Khai dilihat telah mengenakan persalinan baju melayu lengkap rona jingga bersama sampin nyata tampak segak di samping Hawa.

Malah, Hawa juga tidak kurang gayanya apabila mengenakan baju kurung moden rona coklat terang.

Meski tampak ringkas, namun hos rancangan Wanita Hari Ini tetap tampak begitu elegan dan jelita.

“One with hawa @hawarizwana,” tulisnya ringkas.

Pada masa sama, rata-rata peminat memuji pasangan selebriti ini sangat secocok dan sepadan bersama.

“Tampan & cantik sangat, sepadan ..,” komen peminat.

“Ehem-ehem,” tulis peminat.

Berseri khai pakai kaler ni,” luah wargamaya.

“Lawa dua2,” puji seorang peminat di ruangan komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Khai Bahar

Published by
Nazar Rafiqhi