Bintang terkenal Indonesia, Melly Goeslaw tidak berselindung berkongsi tentang dirinya yang menjalani proses pemotongan usus atau dikenali sebagai bariatric surgery procedure bagi menurunkan berat badan.
Dalam rangkaian gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya, dia yang terkenal dengan lagu Ada Apa Dengan Cinta tampil anggun dalam persalinan sut jenama Gucci sekaligus menampakkan siluet tubuhnya yang semakin langsing.
“Alhamdulillah, hari ini tepat dua bulan selepas menjalankan pembedahan bariatrik. Ertinya sudah dua bulan saya menjalani hidup sihat, satu kebiasaan yang sangat berbeza dengan kehidupan saya sebelum ini.
“Gula dalam darah saya terus normal sehingga sekarang. Daripada berat badan hampir 86kg sekarang hampir 70kg dan pastinya akan terus turun dengan pola hidup sihat kini. Tidur jadi cepat dan tidak lagi berdengkur. Bangun tidur berasa segar, Alhamdulillah,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka Akan Diusir Dari Rumah Sendiri,”- Ibu Saudara Dan Jiran Lama Dalam Masalah, Melly Goeslaw Berjuang Demi Kebajikan Mereka
Dia turut berterima kasih kepada rakannya, Dr. Tompi yang menyarankan kepadanya untuk melakukan pembedahan tersebut. Selain itu dia juga berterima kasih kepada Dr. Arti Indira yang menjadi insan bertanggungjawab memantau pengambilan makanan dan juga vitamin yang diperlukan olehnya.
Sementara itu diruangan komen, ramai rakan selebriti memuji penampilan terkini Melly.
“Alhamdulillah, teteh keren sukses,” ujar Dewi Yull.
“MasyAllah tehhh, sehat selalu ya teteeehh,” titip Mulan Jameela.
“MasyaAllah, sudah kurus bangettt,” ucap Reza Artamevia.
Pembedahan bariatrik yang dilakukan oleh selebriti berusia 48 tahun ini bukanlah asing. Ia merupakan salah satu cara untuk mencapai tahap kesihatan yang baik bagi mereka yang susah untuk menurunkan berat badan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan